suria

Anak Ridhuan Tee cium, peluk kekasih? Netizen syak Syafi Tee

Netizen syak video lelaki bercium tular itu adalah anak kepada Prof Dr Mohd Ridhuan Tee iaitu Syafi Tee.

VIDEO tular memperlihatkan seorang lelaki yang didakwa anak kepada penceramah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah iaitu Syafi Tee bercium dengan wanita mengundang kecaman.

Menerusi video berdurasi 26 saat itu, individu berkenaan dilihat berpelukan dengan wanita yang kemudian mengucupnya di bibir.

ARTIKEL BERKAITAN: Ridhuan Tee geli tengok adegan panas Zul Ariffin, gatal macam tak pernah masuk TV! Cadang hantar resume ke Korea

ARTIKEL BERKAITAN: Istilah ‘macam abang’ bukan tiket untuk berpeluk, Ridhuan Tee tegur Yazmin Aziz dan Danial Chuer jaga adab... Siap nasihat ganti solat

Video yang tular di TikTok itu turut memaparkan Instagram wanita yang dipercayai kekasih pelakon tersebut memandangkan terdapat gambar mereka berdua digunakan sebagai gambar profile.

SYAFI TEE

Netizen bongkar Instagram wanita yang bercium dengan Syafi.

Malah, menerusi rakaman tersebut, video aksi mesra mereka itu dimuat naik dari akaun Instagram wanita tersebut dengan kapsyen ‘my memory syafitee’.

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan kepastian dan kenyataan daripada Syafi gagal apabila aktor itu tidak membalas mesej dan menjawab panggilan telefon.

Sehingga kini, mStar juga sedang berusaha untuk mendapatkan kenyataan daripada bapanya, Ridhuan Tee berkenaan dengan video anaknya yang sedang tular.

Sebelum ini, Syafi juga pernah terpalit dengan kontroversi apabila video dia sedang berpelukan dengan seorang wanita menjadi tular pada tahun lalu.

Syafi Tee

Sehingga kini, Syafi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Video yang ditular di Twitter itu dikongsikan oleh seorang jurusolek yang bekerja bersama pelakon itu untuk penggambaran sebuah drama.

Tampil menjelaskan perkara itu, Syafi berkata situasi sebenar bukanlah seperti apa yang difikirkan netizen malah individu yang peluknya bukanlah seorang wanita.

Untuk rekod, Ridhuan Tee juga kerap memberi komen mengenai kehidupan artis antaranya kontroversi melibatkan video aksi lucah aktor Zul Ariffin dan aksi mesra peserta Big Stage 2022, Yazmin Aziz dengan Danial Chuer.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain