suria

[VIDEO] Syed Saddiq akhirnya bersemuka dengan Yasin, hadir beri sokongan di mahkamah

SELEPAS namanya ‘diseru’ Yasin Sulaiman, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hadir bagi memberi sokongan kepada komposer dan penyanyi itu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa.

Syed Saddiq berkata, dia gembira melihat keadaan penyanyi Mimpi Laila itu yang kelihatan ceria dan tenang.

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq jumpa keluarga Yasin, kesal terlepas pandang mesej minta tolong di Facebook

“Tadi sempat berjumpa dengan saudara Yasin. Dia berada dalam keadaan tenang, yakin dan boleh lihat keceriaan di mukanya. Hatinya berada di tempat yang betul,” ujarnya kepada mStar.

Saya hadir untuk memberikan sokongan moral kepada saudara Yasin dan keluarganya.

SYED SADDIQ

AHLI PARLIMEN

Dalam pada itu, Syed Saddiq memberitahu kehadiran dia adalah bagi memberikan sokongan moral kepada Yasin dan keluarganya.

Katanya, sebagai wakil rakyat dia akan cuba memastikan undang-undang negara mengikut perkembangan semasa.

“Saya hadir untuk memberikan sokongan moral kepada saudara Yasin dan keluarganya.

“Sebagai penggubal undang-undang saya bertanggungjawab untuk memastikan bahawa undang-undang negara itu mengikut perkembangan arus semasa,” katanya.

Syed Saddiq Yasin

Yasin kelihatan senang.

Pada prosiding 31 Mac lalu, Yasin sempat ‘memberi’ pesanan kepada wakil media supaya mengirim salam kepada Syed Saddiq yang lantang memperjuangkan penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan.

Untuk rekod, Yasin berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majestret Petaling Jaya, atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di sebuah kondominium pada 24 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1957 dan boleh dihukum mengikut seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat maksimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain