suria

Mawi tengok sendiri kulit menggerutu Kazim Elias berdarah, hairan penyakit misteri muncul setiap kali masuk set filem

Mawi cerita keadaan Ustaz Kazim di set penggambaran.

DITUDUH sengaja cipta gimik bagi promosikan filem Zim Zim Ala Kazim, pengarah dan penerbit Mawi menegaskan pendakwah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias sememang sedang menderita sakit misteri.

Malah menurut Mawi, foto yang memperlihatkan kulit tangan yang kehitaman itu merupakan keadaan sebenar fizikal Kazim atau lebih mesra disapa sebagai Ustaz Kazim.

ARTIKEL BERKAITAN: Aeril Zafrel dikecam tak tunjuk simpati Kazim Elias mengadu sakit, dakwa tengah berlakon dengan Mawi

ARTIKEL BERKAITAN: Alami luka, berdarah secara tiba-tiba... Kazim Elias akhirnya bercerita tentang penyakit misterinya

Mengakui terdapat penambahan dari segi kesan solekan, Mawi atau Asmawi Ani juga mendedahkan Kazim pernah menunjukkan keadaan kulitnya yang secara tiba-tiba mengeluarkan darah ketika sedang menjalani penggambaran filem itu.

“Ustaz Kazim memang dah lama tak sihat tapi dia kuatkan semangat juga untuk teruskan penggambaran filem ini. Ada yang kata Ustaz saja buat gimik untuk promosi filem.

Ada masa, dia pernah tunjuk dekat saya darah keluar dari kulit dia ketika tengah shooting

MAWI

PENGARAH DAN PENERBIT

“Dia memang tengah sakit dan gambar yang dia kongsikan itu memang keadaan dirinya sekarang. Cuma kami ada gunakan kesan solekan sikit untuk filem ini.

“Ikutkan satu badan Ustaz kena macam itu. Ada masa, dia pernah tunjuk dekat saya darah keluar dari kulit dia ketika tengah shooting,” kata Mawi kepada mStar.

Pada Rabu, Kazim berkongsi gambar di laman sosial memperlihatkan tangannya yang ditumbuhi beberapa ketulan kecil namun tidak menjelaskan penyakit sebenar yang dialami.

Beliau turut meminta mana-mana pihak membantu mengubati penyakit misteri yang dihidapinya itu.

Bagaimanapun komen pelakon Aeril Zafrel yang bertanya tentang sama ada pendakwah tersebut sedang menjalani penggambaran menarik perhatian netizen yang mula menganggap ia sekadar gimik untuk mempromosikan filem lakonannya itu.

Pertanyaan Aeril dikecam netizen.Aeril kena kecam tak tunjuk sempati terhadap sakit yang dialami Kazim.

Kazim menerusi laman Instagram memberitahu sakit misteri yang dihidapinya sejak sekian lama dan dia mencuba pelbagai jenis rawatan serta cuba menyembunyikan hal itu namun sudah tidak tahan untuk menanggung derita.

Dalam pada itu, Mawi yang juga seorang penyanyi turut memberitahu pendakwah berkenaan hilang keyakinan untuk bertemu dengan orang disebabkan keadaan kesihatannya itu.

“Masa nak mula shooting itu, Ustaz hilang keyakinan dan rasa rendah diri dengan keadaan diri dia... dia rasa malu nak jumpa orang. Saya pun ada duduk berborak dengan dia beri semangat.

“Semua team produksi pun beri semangat, Alhamdulillah dia bangkit semula dan walaupun dia nampak lemah tapi tetap bersemangat.

“Yang saya harian, bila nak mula shooting, penyakit tu datang semula. Ustaz kata tiap kali nak muncul di TV, mesti benda itu datang,” ujarnya.

Mawi dan Kazim bersama team produksi masih berada di Ipoh, Perak sejak 10 hari lalu bagi menjalani penggambaran filem berkenaan sehingga minggu hadapan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain