suria

Aeril Zafrel dikecam tak tunjuk simpati Kazim Elias mengadu sakit, dakwa tengah berlakon dengan Mawi

Pertanyaan Aeril dikecam netizen.

GARA-GARA menulis satu komen di status Facebook Datuk Mohd Kazim Elias, pelakon Aeril Zafrel menerima kecaman netizen kerana dianggap tidak mempercayai perkongsian pendakwah bebas tersebut.

Menerusi ruangan komen di Facebook, Aeril mahu mendapatkan kepastian tentang penyakit misteri dialami Kazim memandangkan perkongsian pendakwah berkenaan tidak jelas.

ARTIKEL BERKAITAN: Kazim Elias rayu minta tolong, cari penawar ubat sakit kulit misteri... Komen Aeril Zafrel curi perhatian

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Kazim sakit, terkena buatan orang?

“Shooting kan ni ustaz?

“Saya tanya je... Sekarang ini ustaz memang tengah shooting dengan Mawi,” tulisnya.

Soalan Aeril menerima pelbagai reaksi netizen yang meminta dia tidak bergurau tentang isu tersebut.

Rata-rata netizen yakin apa yang dikongsikan adalah benar dan meminta orang ramai mendoakan kesihatan Kazim kembali pulih seperti biasa.

“Ini bukan shooting. Ustaz Kazim dah menanggung sakit. Macam-macam orang buat kat ustaz... Doakan kesembuhan ustaz. Bukan bergurau.

Saya tanya je... Sekarang ini ustaz memang tengah shooting dengan Mawi

AERIL ZAFREL

PELAKON

“Bukan... ini buatan hasad dengki orang terhadap Ustaz.

“Bukan tempat bergurau ni brother.

“Ustaz tiada masa nak bergurau bab begini.

“Ada masa bergurau, ada masa serius bro.

“Tak lawak bro.. tak kan ustaz nak main-main bab ini,” komen netizen.

komen aeril 11

Pertanyaan Aeril tentang sakit Kazim.

Terdahulu, Kazim berkongsi gambar di laman sosial memperlihatkan tangannya yang ditumbuhi beberapa ketulan kecil namun tidak menjelaskan penyakit sebenar yang dialami.

Beliau turut meminta mana-mana pihak membantu mengubati penyakit misteri yang dihidapinya itu.

“Sesiapa yang boleh tolong ubatkan saya tolonglah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggung. Pada Allah kita berserah,” katanya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap keadaannya itu dan mendoakan semoga penyakit dialaminya cepat sembuh.

Difahamkan pendakwah selebriti itu sedang menjalani penggambaran sebuah filem arahan Mawi berjudul Zim Zim Ala Kazim.

Usaha mStar untuk mendapatkan komen Kazim dan Mawi berkaitan perkara tersebut masih gagal kerana kedua-dua mereka tidak menjawab panggilan telefon mahupun mesej.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain