suria

Kazim Elias rayu minta tolong, cari penawar ubat sakit kulit misteri… Komen Aeril Zafrel curi perhatian

Foto yang dikongsi Kazim meraih perhatian ramai menerusi Facebook.

PERKONGSIAN pendakwah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias menderita penyakit misteri di bahagian tangan mengundang kembimbanhan ramai.

Dalam perkongsian pada petang Rabu, Kazim menunjukkan terdapat kesan parut warna kehitaman di tangan kirinya.

Pada perkongsian sama Kazim merayu mana-mana pihak yang mampu mengubati penyakit tersebut kerana sudah tidak tahan menanggung derita.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Kazim sakit, terkena buatan orang?

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Kazim kena kecam teruk, dituduh tak simpati kematian Tangmo

"Siapa yang boleh tolong ubatkan saya? Tolonglah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

"Pada Allah kita berserah," tulisnya kepada lebih sejuta pengikut Facebook.

Dalam tempoh dua jam, posting itu meraih lebih 72,000 tanda suka dan turut dihujani lebih 23,000 komen.

Komen Aeril Zafrel turut mencuri perhatian ramai.

Komen Aeril Zafrel turut mencuri perhatian ramai.

"Semoga Allah kurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik berterusan buat ustaz.

"Allahuakhbar semoga ada keajaiban diberi kesembuhan buat ustaz.

"Semoga dipermudahkan segala urusan ustaz," tulis beberapa pelayar Facebook.

Siapa yang boleh tolong ubatkan saya? Tolonglah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

DATUK MOHD KAZIM ELIAS

Dalam pada itu, komen pelakon Aeril Zafrel pada posting itu turut menarik perhatian netizen.

"Shooting kan ni ustaz?" soal Aeril menerusi ruangan komen.

"Nampak macam mekap. Ada nampak orang up status lakonan. Kisah hidup ustaz, tak pasti betul ke tak," tulis seorang lagi individu.

Laporan mengenai Kazim pada Oktober tahun lalu.

Laporan mengenai Kazim pada Oktober tahun lalu.

Sehingga kini, pendakwah itu belum berkongsi lanjut mengenai hal tersebut.

Untuk rekod, mStar pada 2 Oktober tahun lalu pernah melaporkan Kazim yang sedang sakit, dipercayai terkena buatan orang.

Perkara itu dikongsikan oleh keluarga beliau, yang tidak menolak dakwaan kesakitan yang dialami Kazim akibat terkena sihir.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain