suria

Yasin Sulaiman kerap kena gangguan bipolar ketika sibuk kerja, berubah jadi banyak cakap - Syah Brothers

Ahli kumpulan Brother Syah dan Faiz hadir beri sokongan penuh kepada Yasin di Mahkamah.

LEBIH 30 tahun berkawan baik, ahli kumpulan Brothers iaitu Syah Rizal Mohamed dan Abdullah Faiz Muhammad berharap penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman kuat berdepan ujian.

Saling mengenali sejak di bangku sekolah, Syah mengakui beberapa kali menyaksikan penyanyi Mimpi Laila itu berdepan penyakit bipolar ketika mereka bekerjasama sebelum ini.

“Keadaan (bipolar) kerap berlaku bila keadaan agak sibuk tapi dia pun ada cara untuk hilangkan masalah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Yasin Sulaiman makin ceria, syukur dapat rawatan dalam penjara... Peguam ‘demand’ pakar HUKM

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq akhirnya bersemuka dengan Yasin, hadir beri sokongan di mahkamah

“Kami ambil pendekatan diam dan beri ruang kepada dia. Kalau diberi ubat hospital, dia akan tidur saja.

"Dia tak boleh tertekan, tapi tak ada la sampai mengamuk. Kalau dia banyak komen tu kita fahamlah, ajak teh tarik sahaja la.

WhatsApp Image 2022-05-18 at 1.52.10 PM

Ahli kumpulan Brothers dan rakan artis beri sokongan penuh kepada Yasin.

"Dia sebenarnya tak boleh kerja sedangkan dia perlu bekerja. Tapi apa pun, kami gembira kerana dia nampak kuat dan sihat,” katanya.

Syah dan Abdullah Faiz ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada Rabu.

Mereka hadir bagi menyatakan sokongan penuh buat Yasin yang kini dipenjarakan di Sungai Buloh atas tuduhan mengedar ganja.

Dia sebenarnya tak boleh kerja sedangkan dia perlu bekerja. Tapi apa pun, kami gembira kerana dia nampak kuat dan sihat

SYAH RIZAL MOHAMED

AHLI KUMPULAN BROTHERS

Kata Syah, semangat setiakawan antara mereka termasuk rakan-rakan artis nasyid lain tidak pernah luntur meski penyanyi Mimpi Laila itu kini sedang berdepan ujian besar.

“Hari ini kami bersama sahabat-sahabat lain hadir di mahkamah bagi mendengar prosiding sebagai solidariti kepada dia. Alhamdulillah, Yasin juga nampak sihat dan ceria.

“Mungkin kerana dia tengok rakan-rakan hadir menyokong selain keluarga. Kami tengok dia pun nampak bersemangat, mungkin juga semasa bulan Ramadan lalu banyak pengisian bermanfaat buatnya di penjara.

“Mana mungkin semangat setiakawan antara kami luntur sebab lebih 30 tahun kami ini berkawan. Saya dan Syah adalah rakan sekolah Yasin sejak kami berusia 14 tahun lagi,” katanya.

Untuk rekod, Kumpulan Brothers merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang pernah aktif di Malaysia pada tahun 1997.

YASODSAD

Yasin kelihatan tenang dan ceria hadir di Mahkamah Petaling Jaya.

Selain Yasin, antara ahli kumpulan Brothers ialah Syah Rizal Mohamed, 45, Abdullah Faiz Mohamad,45, dan Allahyarham Mohd Salleh Mohamed Deril.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen menetapkan 22 Jun ini bagi sebutan semula kes penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman berhubung pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis (ganja).

Hakim Jamaludin Mat menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memaklumkan pihak pendakwaan masih belum memperolehi laporan kimia.

Pada 31 Mac lalu Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman,47, mengaku tidak bersalah menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis (ganja) yang diperolehi secara terus atau tidak langsung.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit rumah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac lalu (2022).

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Sementara itu di Mahkamah Majistret bagi pertuduhan mengedar dadah jenis sama, Majistret Zhafran Rahim Hamzah turut menetapkan tarikh sama bagi sebutan semula kes.

Mengikut pertuduhan, penyanyi itu didakwa telah mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan itu, Yasin didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum 39B(2) akta sama yang memperuntukkan penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika sabit kesalahan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain