suria

Avaa Vanja berjaya halang suami bawa anak ke luar negara, dapat hak jagaan interim... Bimbang akidah terabai

Avaa bejaya memperoleh hak jagaan sementara anknya yang berusia sepuluh tahun.

PELAKON Avaa Vanja berjaya mendapatkan hak penjagaan sementara (interim) terhadap anaknya selepas memfailkan cerai terhadap bekas suami, Aamil Sulaiman pada 2 Disember tahun lalu.

Selain itu Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada Isnin turut membenarkan permohonan injuksi Avaa, 42, bagi menghalang anaknya dibawa ke luar negara.

Menerusi kenyataan kepada mStar, peguam Syarie Nurul Hafidzah dan Zeti Zulkifi yang mewakili Avaa berkata anak guam mereka dan suaminya sudah menjalani proses sulh hadhanah dan sebutan pertama kes cerai mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada 28 Disember lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Avaa Vanja minta cerai, usaha tolak ansur dengan suami tiada kata sepakat

"Anak guam memohon agar diberi hak penjagaan, sementara menunggu permohonan hadhanah penuh diputuskan kerana khuatir kebajikan dan akidah anak terabai sekiranya tidak dijaga olehnya.

271254499_621560072603837_8185777795936963238_n

Avaa (tiga dari kiri) bersama barisan peguamnya.

"Avaa juga memfailkan injunksi bagi menghalang anaknya dibawa keluar negara oleh suaminya yang turut mempunyai kewarganegaraan Amerika Syarikat.

"Anaknya juga mempunyai kewarganegaraan negara itu,” kata Nurul Hafidzah.

Sementara itu Avaa berharap tindakan undang-undang yang diambil akan dapat menyelesaikan kemelut rumah tangganya dan memohon doa agar segala urusan berjalan lancar.

Oktober tahun lalu pelakon Kampung Pisang Bersiri-Siri ini tampil membuat laporan polis mendakawa dia dan anaknya menjadi mangsa penderaan suami.

Avaa dan Aamil mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia sepuluh tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Gempar bayi perempuan lahir ada ekor berbulu