suria

[VIDEO] Neelofa keluar masuk balai polis... selesai beri keterangan kes tak pakai ‘face mask’ di IPD Seremban

SELEBRITI Noor Neelofa Mohd Noor selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban pada jam 11.40 pagi Isnin susulan tular foto dia didakwa tidak memakai pelitup muka ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan pada Khamis lalu.

Menerusi kenyataan kepada mStar, Neelofa berkata dia memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.

"Alhamdulillah proses berjalan dengan lancar. Tak banyak yang boleh saya ulas tentang hal ini memandangkan kes masih lagi dalam siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa disiasat lagi... kali ini kes tak pakai pelitup muka di sebalik purdah

"Insyaallah jika ada perkembangan, pihak saya ataupun pihak polis akan maklumkan. Terima kasih ya," katanya.

Neelofa hadir ke IPD Seremban ditemani suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail, dan peguamnya pada jam 10.15 pagi, Isnin.

Insyaallah jika ada perkembangan, pihak saya ataupun pihak polis akan maklumkan. Terima kasih ya

NEELOFA

PENGACARA/ PELAKON

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya memanggil Neleofa untuk memberi keterangan berhubung siasatan bersangkut Seremban rpt. 4453/2021.

"Pada 24 Mei 2021, jam lebih kurang 10.10 pagi dan selesai pada jam lebih kurang 11.30 pagi.

"Sepanjang proses siasatan dijalankan penama Neelofa memberikan kerjasama yang baik dan mematuhi SOP Covid-19 yang telah ditetapkan," ujarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebelum ini, kehadiran Neelofa ke Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan, pada Khamis lalu menjadi tular apabila didakwa memakai niqab tanpa pelitup muka.

Neelofa disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan [Akta 574] dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.



Foto Neelofa hadir di Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan, pada Khamis lalu menjadi tular apabila didakwa memakai niqab tanpa pelitup muka.

Untuk rekod, menerusi prosiding pada pagi Khamis di Mahkamah Majistret Seremban Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz, 26, mengakui tidak bersalah bagi semua pertuduhan terhadap mereka.

Majistret Mahyun Yusof membenarkan Neelofa dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 bagi satu pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ di dalam premis atau menulis secara manual.

Sementara itu Riz pula dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain