suria

Neelofa disiasat lagi... kali ini kes tak pakai pelitup muka di sebalik purdah

Neelofa dan suaminya, PU Riz hadir ke mahkamah bagi kes beli karpet di Nilai.

SELEBRITI Neelofa terus menjadi perhatian pihak berkuasa apabila dia kini berdepan siasatan berhubung dakwaan gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pemakaian pelitup muka di tempat awam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan mengenai tindakan Neelofa memakai niqab tanpa pelitup muka ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Serba tak kena... Neelofa dikritik tak pakai pelitup muka di sebalik purdah - “Rasanya kalau berniqab, mask pun mesti pakai”

"Pemakaian pelitup muka diwajibkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada semua orang.

Pihak Polis tidak akan berkompromi dalam mengambil apa jua tindakan bagi memastikan SOP MKN dan peraturan yang ditetapkan oleh KKM sentiasa dipatuh.

ASISTEN KOMISIONER MOHD SAID IBRAHIM

KETUA POLIS DAERAH SEREMBAN

"Penjelasan berkenaan perkara ini dikeluarkan juga oleh KKM setelah kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di semua tempat awam mulai 1 Ogos 2020," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Neelofa disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan [Akta 574] dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

"Pihak Polis tidak akan berkompromi dalam mengambil apa jua tindakan bagi memastikan SOP MKN dan peraturan yang ditetapkan oleh KKM sentiasa dipatuhi," katanya.

Sebelum ini, beberapa keping foto yang memperlihatkan bayangan hampir separuh wajah Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor di sebalik purdah menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.



Netizen kritik tindakan Neelofa tidak memakai pelitup muka.

Menerusi beberapa komen netizen, mereka mempertikaikan tindakan Neelofa tidak memakai pelitup muka dan menegur material kain purdah yang dipakai selebriti berusia 32 tahun itu tampak nipis.

Untuk rekod, menerusi prosiding pada pagi Khamis di Mahkamah Majistret Seremban Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz, 26, mengakui tidak bersalah bagi semua pertuduhan terhadap mereka.

Majistret Mahyun Yusof membenarkan Neelofa dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 bagi satu pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ di dalam premis atau menulis secara manual.

Sementara itu Riz pula dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain