suria

Serba tak kena... Neelofa dikritik tak pakai pelitup muka di sebalik purdah - “Rasanya kalau berniqab, mask pun mesti pakai”

Foto Neelofa tidak memakai pelitup muka yang dikongsikan di IG Malaysia Gazzette mengundang persoalan dalam kalangan netizen.

GARA-GARA hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan tanpa memakai pelitup muka, selebriti Neelofa sekali lagi menjadi bahan kitikan netizen di laman sosial.

Beberapa keping foto yang memperlihatkan bayangan hampir separuh wajah Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor di sebalik purdah menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Lebih 20,000 tandatangan petisyen mahu Neelofa dijel - “Kesalahan dilakukan tanpa serik”

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa disiasat lagi... kali ini kes tak pakai pelitup muka di sebalik purdah

Menerusi beberapa komen netizen, mereka mempertikaikan tindakan Neelofa tidak memakai pelitup muka dan menegur material kain purdah yang dipakai selebriti berusia 32 tahun itu tampak nipis.

Antara komen netizen mengenai Neelofa tidak memakai pelitup muka.

"Nampak sangat dia tidak pakai sebarang pelitup muka seperti mana anda lihat di foto itu. Tiada pelitup muka di sebalik purdahnya. Kenapa semua tidak bercakap tentang itu? Semua orang wajib pakai. Tak kisahlah kau berpurdah ke tak.

"Pakai purdah dah tak perlu pakai mask? Dulu menteri atau DG kata pakai purdah pun kena pakai face mask.

"Rasanya kalau pakai niqab, mask pun mesti pakaikan? Harapnya hajah pakai juga mask di sebalik niqab tu," tulis beberapa netizen di laman sosial.

Sebelum ini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pernah memaklumkan wanita yang mengenakan purdah atau niqab dinasihati memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Neelofa dan suami mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pelanggaran SOP. Foto Bernama.

Untuk rekod, menerusi prosiding pada pagi Khamis di Mahkamah Majistret Seremban Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz, 26, mengakui tidak bersalah bagi semua pertuduhan terhadap mereka.

Majistret Mahyun Yusof membenarkan Neelofa dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 bagi satu pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ di dalam premis atau menulis secara manual.

Sementara itu Riz pula dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dia sebelum ini dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 kerana gagal mengamalkan penjarakan zikal ketika majlis perkahwinannya dan merentas negeri ke Langkawi selepas majlis pernikahan mereka.

Bagi dakwaan melanggar SOP sambutan Aidiltri lalu, Neelofa dan sembilan lagi anggota keluarganya sudah memberi keterangan Ibu Pejabat Polis Brickelds, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain