suria

“Happy 6,900 everyone! Tahniah! Harap esok dapat 7,000 hihi” - Iman Troye tutup akaun Twitter selepas dikecam bergurau tentang Covid-19

Iman Troye tutup akaun Twitter selepas dikecam netizen.

TINDAKAN penyanyi Iman Troye berkongsi statistik angka jangkitan harian Covid-19 dengan status sindiran di laman Twitter mengundang kecaman netizen.

Dalam perkongsiannya itu, Iman atau nama sebenar Siti Nur Alyssa Sahabudin, 20, menulis status sinis dilihat seolah-olah gembira dengan angka jangkitan yang semakin meningkat kebelakangan ini.

"Happy 6,900 everyone! Tahniah! Harap esok dapat 7,000 hihi," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara komen jerawat Jaehyun NCT, Iman Troye tak fasal-fasal diserang peminat K-Pop

Gara-gara perkongsiannya itu, penyanyi lagu Teman ini dikecam teruk netizen kononnya dia tidak sensitif mengenai isu semasa dan menjadikannya sebagai bahan gurauan.

Selepas beberapa jam memuat naik status berkenaan, Iman dilihat menyahaktif akaun Twitter miliknya itu pada malam Ahad.

"Petugas barisan hadapan kepenatan, orang ramai mati dan kamu masih berani tweet harap esok dapat 7,000! Adakah ini gurauan, sangat tak sensitif.



Iman Troye tutup akaun Twitter selepas dikecam.

"Kalau nak bergurau pun, ini dah melampau! Kau ingat orang suka ke tweet macam tu? Duduk diam-diam sajalah.

"Iman Troye buat hal ke? Dah deactive akaun Twitter. Iman sepatutnya kena sensitif dengan isu melibatkan Covid yang boleh mendatangkan marah jangan bicara, ” antara komen netizen.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pada Ahad, Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 6,976 kes baharu Covid-19.

Peningkatan kes yang dilaporkan itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat sehingga ada pihak mendesak kerajaan melakukan lockdown atau sekatan penuh bagi membendung penularan wabak tersebut.

Pada April lalu, nama Iman menjadi trending di laman Twitter selepas timbul salah faham mengenai komennya mengenai jerawat anggota kumpulan NCT iaitu Jaehyun.

Iman merupakan antara selebriti yang dilihat kerap berinteraksi bersama peminat di laman sosial.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain