suria

Ali Puteh disamakan dengan Yahudi kerana saman kakak ipar - “Cari! RM1,000 saya bagi kepada yang dapat cari manusia ni”

Ali tawar wang tunai kepada mereka yang dapat mengesan individu tulis komen jahat terhadap dia dan keluarga.

PELAWAK Ali Puteh bengang dengan tindakan seorang netizen melemparkan kata-kata hinaan terhadapnya dan keluarga di laman Instagram.

Menurut Ali atau nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 32, individu berkenaan secara berterusan mengganggu di ruangan Instagram dengan pelbagai cacian termasuk menyamakannya dengan bangsa Yahudi.

Justeru itu, adik kepada Allahyarham Abam Bocey ini meminta bantuan pengikut mencari pemilik akaun itu dan menawarkan ganjaran wang tunai kepada mereka yang berjaya mengesan individu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ali Puteh puas hati bicara kes saman Nor Hidayah, dapat rasa ada sinar untuk keluarga - “Jangan menyebar fitnah... dosanya sangat besar”

"Salam Jumaat, di hari Jumaat yang mulia ini sesiapa boleh bantu carikan manusia ini? Bantu saya kawan-kawan semua cari manusia ini.

"Maki tu makilah... tapi sampai anak saya dikatakan anak luar nikah, ini melampau! Sampai keturunan saya dikatakan Yahudi!

Ali tunjuk komen hinaan yang ditulis seorang pengguna Instagram.

"Siapa dapat info cari manusia ini, wang tunai RM1,000 saya bagi hadiah," tulisnya di laman Instagram pada Jumaat.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik paparan skrin komen yang ditulis seorang pengguna yang turut menghina isterinya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Komen yang ditulis itu dipercayai berkaitan isu saman membabitkan Ali dengan kakak iparnya, Nor Hidayah yang kini sedang dalam proses mahkamah.

"Semoga kemenangan di pihak Hidayah dan anak... saya tahu Hidayah di pihak benar, Ali ibarat Israel yang tamakkan harta Palestin. Keturunan Yahudi," antara komen jahat yang ditulis pemilik akaun berkenaan.

Kes saman menyaman membabitkan Ali dan Nor Hidayah sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Hasil carian di Instagram mendapati akaun menggunakan nama @eidacu itu merupakan akaun palsu.

Pada Rabu lalu, Ali berkongsi perkembangan kes saman menyaman membabitkan dirinya dan Nor Hidayah yang berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan terbaharu itu, Ali meluahkan rasa lega kerana dapat merasakan ada sinar untuk dia dan keluarga di sebalik konflik yang berlaku sejak kematian abangnya, Abam Bocey.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain