Selepas 80,000 petisyen bantahan... disumpah masuk neraka, akhirnya ‘Demi Tuhan Aku Bersaksi’ dibenar tayang - “Tonton sendiri dan buat penilaian”

Telefilem kontroversi Demi Tuhan Aku Bersaksi dibenarkan tayangan pada hujung bulan ini.

SELEPAS dua tahun ditunda tayangan akibat mengetengahkan hubungan songsang, telefilem kontoversi Demi Tuhan Aku Bersaksi akhirnya dibenarkan untuk bersiaran pada hujung bulan ini.

Penerbitnya, Fadzil Zahari bersyukur apabila karya terbitannya itu menemui penonton selepas menerima kecaman dan bantahan hebat netizen.

"Setelah lebih 80,000 petisyen tandatangan untuk haramkan tayangan telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi... pelbagai kecaman yang abang, isteri, keluarga, pengarah, kru dan pelakon terima.

ARTIKEL BERKAITAN: “Babak dimanipulasi hingga nampak negatif” - Fadzil Zahari siasat individu bocorkan kandungan telefilem LGBT

ARTIKEL BERKAITAN: Telefilem kontroversi 'Demi Tuhan Aku Bersaksi' masih belum tayang, Fadzil Zahari mohon penjelasan RTM

"Dari sekecil cacian hinggalah kami dikatakan ejen Yahudi, keluarga di sumpah masuk neraka... abang maafkan semuanya!

"Semalam dengan izin Allah Taala, telefilem ini sudah mendapat tarikh tayangannya pada 31 Oktober pukul 9 malam di TV1," katanya.

Telefilem ini ditunda tayangan hampir dua tahun.

Suami kepada pelakon Yana Samsudin ini berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram.

Sejak Ogos tahun lalu, telefilem ini menerima kecaman hebat kerana dikatakan mengetengahkan hubungan songsang atau LGBT (lesbian, gay, transgender, biseksual) dan turut membabitkan sekolah tahfiz.

Mohon semua tonton sendiri dan buat penilaian, harap dakwah cerita ni sampai pada setiap yang memerlukan insyaAllah.

FADZIL ZAHARI

PENERBIT

Bagaimanapun, Fadzil menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh netizen terhadap drama itu merupakan satu fitnah.

Sementara itu, pemilik syarikat produksi Prokuya Studios ini berharap penonton dapat menilai sendiri mesej yang ingin disampaikan dalam telefilem tersebut.

"Abang percaya, ramai yang tunggu nak tonton, sebab hampir dua tahun dah cerita ni ditunda tayangannya.

Syafie Naswip bawa watak lelaki lembut.

"Mohon semua tonton sendiri dan buat penilaian, harap dakwah cerita ni sampai pada setiap yang memerlukan insyaAllah.

"Beritahu kawan-kawan kamu yang dah tunggu lama nak tengok okay. Terima kasih RTM," ujarnya.

Demi Tuhan Aku Bersaksi mengisahkan tentang seorang maknyah yang ingin kembali ke pangkal jalan dan kembali bertaubat serta mendalami ilmu agama.

Watak maknyah yang dipegang Syafie Naswip membuat keputusan masuk ke pusat tahfiz. Namun ketika di pusat tahfiz, dia telah dihina dan dikeji sebagai pengikut kaum Luth.

Sebelum ini, gambar dan sinopsis telefilem ini tersebar di laman sosial sehingga ia menerima kecaman netizen kerana dianggap tidak sensitif gara-gara mengangkat elemen budaya hidup songsang di dalam sebuah pusat keagamaan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain