Nonny Nadirah umum hubungan cinta berakhir di hari lahir Niezam Zaidi... impian naik pelamin tak kesampaian - “Perkahwinan kami dibatalkan”

Ikatan cinta Nonny dan Niezam berakhir.

HUBUNGAN cinta pasangan pelakon Nonny Nadirah dan Niezam Zaidi berakhir apabila masing-masing memilih untuk membawa haluan sendiri.

Nonny atau nama sebenar Nonny Nadirah Zainuddin, 31, berkata mereka sepakat menamatkan hubungan istimewa tersebut dan membatalkan perkahwinan yang sudah dirancang.

"Sekadar makluman, setelah mengambil kata sepakat, perkahwinan antara kami telah pun dibatalkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini betul-betul ‘gentleman’! Niezam Zaidi datang rumah jumpa ibu Nonny Nadirah - “InsyaAllah ada langkah seterusnya”

"Korang, satu saja kita orang minta. Tolong doakan kebahagiaan buat kami dan bertemu jodoh yang baik buat masing-masing ya.

"Sesungguhnya kami hanya mampu merancang tapi Allah itu sebaik-baik perancang. Kepada rakan media maaf saya tak dapat nak get back balik dengan anda semua. Dalam masa ini,, saya tak boleh nak komen, harap korang faham," katanya menerusi Instagram.



Nonny kongsi berita sedih tentang hubungannya dengan Niezam.

Bersama kapsyen tersebut, Nonny turut berkongsi momen video mereka berdua sedang menikmati makanan di sebuah restoran.

Bersempena ulang tahun kelahiran Niezam yang ke-28 pada Isnin, Nonny turut mendoakan supaya Niezam bertemu dengan jodoh yang baik.

"Selamat hari jadi sahabat... semoga Allah memberkati dan merahmati seluruh usiamu, dikurniakan kesihatan yang baik, dikayakan dengan iman, taqwa dan harta.

Doa yang sama kupanjatkan buatmu sahabat. Allah sebaik-baik perancang, syukur kepada Allah ditemukan dengan insan hebat sepertimu, jaga diri, jaga hati, ianya milik Allah!

NIEZAM ZAIDI

PELAKON

"Semoga menjadi anak yang baik dan bertemu jodoh dengan orang yang baik-baik dan dikurniakan segala kebaikan, hajat dunia dan akhirat," ucapnya.

Menerusi ruangan komen, Niezam mengakui bertuah kerana dapat mengenali seorang wanita sehebat Nonny dan meminta bekas kekasihnya itu reda dengan ketentuan Allah ini.

"Doa yang sama kupanjatkan buatmu sahabat. Allah sebaik-baik perancang, syukur kepada Allah ditemukan dengan insan hebat sepertimu, jaga diri, jaga hati, ianya milik Allah!" tulisnya.



Niezam sudah bertemu keluarga Nonny di Sabah.

Pada Julai lalu, pelakon Budak Pailang ini bertemu keluarga Nonny di Kota Kinabalu, Sabah dan pertemuan kali pertama itu dibuat sebagai menghormati serta menunjukkan kesungguhannya dalam menjalin hubungan dengan Nonny.

Dia turut merancang untuk bernikah selepas selesai terbabit penggambaran drama Luka Di Hati Diya.

Nonny mengakui mula menjalin hubungan istimewa dengan Niezam sejak tahun lalu dan berkongsi kisah cinta mereka kepada umum pada Jun lalu.

Malah, Nonny mendedahkan ada pihak yang kurang senang dengan hubungan cinta mereka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain