Ahmad Idham ‘angkat kaki’, mohon tamat kontrak sebagai CEO Finas setahun lebih awal - Sensasi | mStar

Ahmad Idham ‘angkat kaki’, mohon tamat kontrak sebagai CEO Finas setahun lebih awal

Ahmad Idham memohon untuk memendekkan tempoh kontrak perkhidmatannya sebagai CEO Finas kepada 10 Mac tahun hadapan.

TEKA-TEKI mengenai status Ahmad Idham dalam Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akhirnya terjawab apabila agensi itu tampil menjelaskan kontroversi membabitkan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

Menerusi kenyataan kepada mStar, Unit Komunikasi Korporat Finas memberitahu pihaknya meluluskan permohonan Ahmad Idham untuk memendekkan tempoh perkhidmatannya kepada 10 Mac tahun hadapan atas sebab peribadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa status Ahmad Idham sebagai CEO Finas? Persatuan seni gesa KKMM campur tangan, beri penjelasan segera

Finas juga mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Idham atas sumbangannya sepanjang berkhidmat sebagai CEO Finas.

"Ahli Lembaga Pengarah Finas menerima dan meluluskan permohonan daripada CEO Finas, Ahmad Idham untuk memendek tempoh kontrak perkhidmatan kepada 10 Mac 2020 atas sebab peribadi.

Ahmad Idham bersama Pengerusi Finas, Hans Isaac.

"Justeru Finas ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahmad Idham di atas segala sumbangan sepanjang perkhidmatan sebagai CEO dan mengucapkan selamat maju jaya kepadanya di masa hadapan," katanya.

Baru-baru ini, laporan Astro Awani mendedahkan maklumat dalaman bahawa Ahmad Idham direhatkan daripada menjalankan tugas-tugas CEO selama tiga bulan bermula minggu ini dan bakal dipangku oleh Timbalan Ketua Pengarah Finas, Subaidah Md Top.

Bagaimanapun, pengarah filem Jangan Pandang Belakang itu menerusi laporan media menafikan dakwaan tersebut dan enggan memberi sebarang kenyataan lanjut berhubung dakwaan itu.

Berita mengenai Ahmad Idham direhatkan daripada tugasnya sebagai CEO Finas menjadi perbualan hangat sejak minggu lalu.

Susulan itu, tiga persatuan seni tampil menggesa Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memberi penjelasan berkaitan dakwaan Ahmad Idham direhatkan daripada tugasnya bermula 4 Disember lalu.

Bukan itu sahaja, persatuan yang terdiri daripada Penerbit Televisyen Malaysia, Seniman Malaysia dan Animasi Malaysia ini juga meminta KKMM menyelesaikan kemelut dalaman antara Ahmad Idham dan Pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac.

Ahmad Idham dilantik sebagai CEO Finas pada 14 Mac lalu dan diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Gobind Singh Deo.

Pelantikan Ahmad Idham adalah bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa pada 11 Mac lalu.

Finas , Ahmad Idham

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain