“Ingat! apa-apa yang mama tak reda, kamu tidak akan ke mana” - Adik Da'i Farhan kena 'block' kerana pertahan kakak ipar - Sensasi | mStar

“Ingat! apa-apa yang mama tak reda, kamu tidak akan ke mana” - Adik Da'i Farhan kena 'block' kerana pertahan kakak ipar

Nik Fatma Amira berharap Nik Farhan kembali kepangkuan keluarga.

ADIK kepada pendakwah bebas Da'i Nik Farhan iaitu Nik Fatma Amira meluahkan rasa kecewa terhadap abangnya yang bertindak menceraikan isteri pertamanya, Fatin pada Selasa.

Malah Nik Fatma Amira turut mendedahkan akaun laman sosialnya telah disekat oleh Nik Farhan disebabkan mempertahankan Fatin atau nama sebenarnya Nurul Ain Mat Aris.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tuduhan nusyuz terlalu berat, jatuhkan maruah saya” - Isteri Da'i Farhan kesal dituduh derhaka sehingga diceraikan

ARTIKEL BERKAITAN: Hormati perasaan isteri hamil sebelum diceraikan, walaupun hukumnya harus - Mufti

"Semalam (Selasa) adalah hari yang sangat mengecewakan. Kecewa dengan tindakan seorang abang yang tidak bertanggungjawab.

"Saya disekat oleh abang sendiri kerana saya bersuara untuk kakak ipar saya. Sudah berapa minggu saya bersama Kak Fatin.

Pendedahan yang dibuat oleh adik kepada Da'i Nik Farhan.

"Bantu sokong emosi dia, datang ke rumahnya sewaktu suami dia tiada, dengar luahannya dan lain-lain. Saya tahu keputusan ini berat untuk dia terima tapi dia kuat dan reda," tulisnya.

Pada malam Selasa, tular kenyataan seorang individu di Facebook yang menuduh Nik Farhan menceraikan isterinya yang kini sedang sarat hamil tujuh bulan.

Inidvidu yang dikenali sebagai Asiah Jalil itu mendakwa Fatin diceraikan kerana nusyuz dan memfitnah suaminya.

Dakwa Asiah pendakwah tersebut juga mengurung dan memukul isteri pertamanya sebelum melafazkan cerai menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp.

Untuk 'wanita' yang telah merampas kebahagiaan ini, ingatlah, Allah ini Maha Adil. 

NIK FATMA AMIRA

Susulan kontroversi itu, Fatin tampil menafikan telah menderhaka terhadap suami sehingga berlaku perceraian.

Fatin dalam satu kenyataan panjang lebar pada Rabu menjelaskan tuduhan kononnya dia berlaku nusyuz terhadap suami seperti yang didedahkan individu melalui posting di Facebook terlalu berat dan menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita.

Dalam pada itu, Nik Fatma Amira turut mendedahkan ibu mereka tidak reda dengan keputusan dan tindakan abangnya itu.

Namun Nik Fatma turut meninggalkan pesan untuk isteri kedua Nik Farhan dan berharap semua orang mendoakan agar abangnya kembali ke pangkuan keluarga.

"Untuk Farhan hiduplah atas dunia ini sesuka hatimu, tapi ingat apa-apa yang mama tidak reda, kamu tidak akan ke mana.

Nik Farhan akui sudah menceraikan isteri pertamanya menerusi rakaman yang dihantar di aplikasi WhatsApps.

"Menyesal kemudian tiada guna. Kembalilah ke jalan bahagia. Mohon semua sahabat doakan semoga Farhan sedar dan kembali semula ke pangkuan keluarga.

"Untuk 'wanita' yang telah merampas kebahagiaan ini, ingatlah, Allah ini Maha Adil. Pasti Allah akan balas segala tindakanmu," ujarnya.

Minggu lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan pendedahan Farhan yang menikahi seorang janda beranak lapan yang juga usahawan dikenali sebagai Dr Aireen di Makkah.

Farhan berkahwin dengan Fatin pada 19 Februari 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia setahun empat bulan.

Manakala Fatin kini sedang hamil tujuh bulan dan dijangka melahirkan anak lelaki pada Februari tahun hadapan.

Da'i Nik Farhan , Fatin , Nik Fatma Amira

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini