suria

Faizal Tahir pula jadi mangsa foto bogel... “Nikmatilah! Saya tak tahu siapa individu yang sebarkan gambar itu”

Beberapa keping foto mirip Faizal Tahir tersebar di laman sosial.

PENYANYI Faizal Tahir menyifatkan foto bogel miripnya yang tersebar di internet itu adalah tindakan sabotaj daripada individu yang berniat merosakkan rumah tangganya.

Bagaimanapun Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 40, tidak menafikan atau mengakui dia adalah individu dalam gambar tidak senonoh berkenaan.

"Kalau ini percubaan orang untuk mengganggu keharmonian rumah tangga saya, saya doakan yang baik-baik untuk dia.

"Saya tak perlu jelaskan secara terperinci kepada sesiapa pun kerana yang lebih penting hanya isteri dan Allah yang tahu. Allah tahu niat saya. Yang penting gambar itu tidak pernah disebarkan oleh saya.

"Terpulang kalau orang kata ia saya, saya tiada apa untuk disorokkan," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Faizal Tahir Cipta Lagu 'Sayang' Ketika Anak Terkena Demam Virus

Faizal tidak tertekan mengenai foto bogel yang didakwa miripnya.

Faizal ditemui ketika majlis pelancaran album terakhir berjudul Rojak di Petaling Jaya pada Jumaat.

Faizal berkahwin dengan Siti Raihanim Noran lebih 10 tahun lalu dan dikurniakan enam cahaya mata.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Ratu itu berkata, dia masih berfikiran waras untuk menyebarkan perkara mengaibkan seperti itu.

"Saya dah berusia 40 tahun dan banyak lagi benda lain yang lebih baik boleh saya kongsikan.

"Saya tak rasa tertekan pun bila saya dapat tahu mengenai perkara itu. Gambar itu bukan ditujukan untuk sesiapa tapi gambar itu dah tersebar walhal lebih banyak lagi perkara baik yang boleh dikongsikan.

"Tiada orang yang sempurna... saya tak tahu siapa individu yang menyebarkan gambar itu kerana ia tidak pernah dikeluarkan dari telefon saya.

"Untuk sesiapa yang menantikan (gambar itu), nikmatilah ia!" ujarnya.

Sebelum ini, beberapa keping gambar mirip Faizal tersebar di laman sosial telah menimbulkan pelbagai spekulasi daripada netizen.

Faizal Tahir

Artikel Lain