suria

[V] Kontroversi hutang RM4.65 juta, Fazura tak mahu komen lebih… “Saya dan syarikat entiti berbeza”

ENGGAN menimbulkan salah faham ramai, pelakon dan usahawan Nur Fazura memilih untuk tidak mengulas lanjut berhubung kontroversi hutang melibatkan syarikat miliknya. 

Bagi Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 42, dia menyifatkan dirinya dan syarikat adalah dua entiti yang berbeza.  

“Saya rasa, tak perlu saya jelaskan lebih-lebih kerana belum tentu orang akan faham. 

"Cukup sekadar orang tahu Fazura dan syarikat adalah entiti berbeza. Saya tidak boleh bercakap banyak tentang syarikat atau apa sahaja yang berlaku. 

Nama Fazura sebelum ini menjadi bualan susulan isu melibatkan hutang syarikat. 

"Perkara ini juga adalah sulit. Saya tak perlu nak perjelaskan," katanya kepada mStar

Fazura ditemui ketika majlis palancaran lagu dan muzik video terbaharu berjudul Luar Biasa yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Jumaat. 

Menurutnya cabaran dalam perniagaan adalah satu perkara biasa yang akan dilalui oleh mana-mana individu yang bergelar usahawan. 

Biarpun apa yang dilalui sedikit sebanyak memberi kesan kepada dirinya, namun Fazura sentiasa mengambil pendekatan positif dalam menangani isu sebegitu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pembekal tudung tuntut hutang RM4.65 juta daripada Fazura, dedah terima cek tendang 

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura selesai jalani tempoh idah, anggap pengakhiran dan permulaan untuk segalanya

"Lapan bulan kebelakangan ini, macam-macam yang saya lalui. Sudah tentu sedikit sebanyak saya rasa juga. Saya pun manusia biasa yang ada perasaan.

"Sebagai seorang ahli perniagaan wanita, inilah realiti yang kita kena tempuh. Hanya yang pernah berniaga sahaja akan faham perkara-perkara seperti ini," ujarnya. 

Tambah pelakon ini dia juga sudah menyerahkan kepada pihak peguam dalam sebarang isu berkaitan syarikat. 

Dalam masa sama dia juga tidak akan membaca sebarang komen dan cuba untuk tidak bercakap tentang perkara tersebut. 

Perkara ini juga adalah sulit. Saya tak perlu nak perjelaskan

NUR FAZURA 

PELAKON/USAHAWAN 

"Komen-komen pun saya tak baca. Malah, orang sekeliling saya pun tahu, mereka tak berikan sebarang info kepada saya sebab saya tak nak tahu.

"Saya memang menjaga kesihatan mental saya. Saya nak hidup dengan tenang. Saya nak gembira, dan saya nak terus fokus kepada kerjaya, perniagaan dan membesarkan anak saya," jelasnya. 

Fazura fokus kepada kehidupan lebih tenang. 

Sebelum ini, media melaporkan syarikat milik Fazura gagal membayar hutang RM4.65 juta daripada syarikat pengilang tudung milik Obor Holding iaitu Feline Malaysia.

Katanya Fazura hanya membayar RM2,680,167.90 dari jumlah sepatutnya sekali gus masih berhutang sebanyak RM4.65 juta kepada pihak Feline.

Malah segala usaha untuk menyelesaikan isu berkenaan di luar mahkamah juga gagal apabila pihak Fazura tidak memberikan maklum balas positif.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain