suria

Susah rancang kewangan, Azhar Sulaiman desak bayar gaji ikut masa

Azhar pandang serius isu bayaran mengikut masa.

PELAKON Azhar Sulaiman berkongsi pendapat  isu berkaitan menepati janji bayaran kepada penggiat seni mengikut tempoh ditetapkan harus lebih diberi keutamaan. 

Bagi Azhar, 54, pihak produksi seharusnya lebih peka berhubung perkara tersebut selain mematuhi kontrak yang diberikan kepada pelakon. 

"Masalah utama pekerja sektor penerbitan drama, filem dan teater adalah tidak mendapat bayaran gaji mengikut masa. 

Azhar minta produksi mengikut kontrak dalam urusan bayaran gaji. 

"Kalau ikut kontrak, bayarlah ikut apa yang termaktub. Janganlah hanya gunakan kontrak untuk hentam artis sahaja," katanya. 

Azhar menulis perkara tersebut di Instagram miliknya pada Jumaat. 

Ia sebagai respons terhadap kenyataan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac berhubung keluahan penggiat seni yang menerima bayaran rendah. 

ARTIKEL BERKAITAN: Bayaran ‘ciput’ jadi rungutan, Finas perkenal peluang baharu jaga kebajikan kru dan pelakon veteran 

ARTIKEL BERKAITAN: Azhar Sulaiman terbuka jika anak ditakdirkan jadi isteri kedua, beri Leona kebebasan tentukan jodoh

Menurut Azhar isu tersebut bukan satu perkara utama yang harus diberi perhatian oleh pihak terbabit, sebaliknya bayaran gaji yang tidak menepati masa lebih menjejaskan kewangan seseorang pelakon. 

"Isu bayaran pelakon pada saya adalah masalah kedua kepada semua pemain industri seni Malaysia. 

"Susah kita nak rancang kewangan kalau gaji tak masuk mengikut masa," luahnya. 

Finas ambil inisiatif bantu artis veteran. 

Dalam satu pertemuan bersama pengamal media sebelum ini Hans menyuarakan hasrat untuk membuka peluang pekerjaan kepada tenaga kerja veteran dengan kadar bayaran mengikut kepakaran. 

Ia sebagai usaha menamatkan rungutan dalam kalangan veteran industri yang mendakwa tenaga kerja dan pengalaman mereka sering dipandang remeh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain