HUBUNGAN mesra antara pelakon Aniq Suhair dan Azeva Natassha menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila mereka dikatakan sedang dilamun asmara.
Azeva yang juga anak kepada penerbit Datuk A. Aida, bagaimanapun menepis dakwaan tersebut dan menjelaskan mereka hanya berkawan rapat meskipun ibunya cuba 'kenenkan' mereka.
Menurut Azeva, A. Aida sangat menyenangi peribadi Aniq yang disifatkan sebagai lelaki baik dan 'gentleman' .
“Sebenarnya mama saya suka sangat dengan Aniq. Selepas mengenalinya dengan lebih mendalam, dia lelaki yang baik seperti diperkatakan.
Azeva selesa berkawan dengan Aniq.
"Malah waktu Hari Raya Aidiladha baru-baru ini dia sanggup tolong melapah lembu dan membantu keluarga saya. Mama memang minat dengan dia daripada dulu lagi.
"Jadi bila orang cakap saya bercinta dengan dia saya tidak kisah pun. Cuma sekarang ini kami hanya berkawan,"katanya.
Azeva turut mendedahkan ibunya beberapa kali meminta dia mengenali Aniq secara serius, namun perasaan malu membuatkan dia berfikir dua kali.
“Saya segan sebab kita tahu dia seorang selebriti. Mama siap cakap rugi kalau saya tidak mengenalinya.
ARTIKEL BERKAITAN: A. Aida serah syarikat kepada anak kedua, mahu fokus bidang hartanah
ARTIKEL BERKAITAN: Setahun berehat, Aniq Suhair sedia terima tawaran iklan tapi bukan untuk drama
"Bila fikirkan semula, mata mak ini tidak pernah menipu, dia nampak segala kebaikan Aniq.
"Malah saya juga nampak sisi Aniq yang matang melalui cara dia melayan keluarga saya dalam beberapa acara,”katanya.
Sementara itu, Aniq mengakui sering bertemu dengan Azeva secara tidak sengaja dan tertarik dengan keperibadian anak penerbit itu.
“Datuk A Aida tidak pernah kenalkan saya dengan anak perempuannya, tapi dia sering menjemput saya ke beberapa acara dan secara tidak sengaja saya bertemu Azeva.
Malah saya juga nampak sisi Aniq yang matang melalui cara dia melayan keluarga saya dalam beberapa acara
AZEVA NATASSHA
PELAKON
"Kali pertama saya melihat Azeva, dia wanita yang 'classy' dan saya suka cara dia bercakap.
“Pandangan matanya juga menarik perhatian, ibaratnya kalau ada yang lemah semangat memang akan terus jatuh cinta,"katanya
Ditanya soal hati, Aniq tidak menolak untuk lebih serius sekiranya ada jodoh antara mereka.
“Orangnya sangat baik, jujur dan berterus terang. Saya suka wanita yang memiliki karakter seperti ini.
Aniq dan Azeva berganding dalam drama berjudul Bos, Nak Cuti.
“Saya terbuka untuk mengenali seseorang kerana sudah hampir setahun solo, dan tidak salah untuk kenal dengan lebih mendalam.
"Kalau ada jodoh, saya jalan terus. Bila lama sendiri, kadang-kadang ada rasa sunyi juga,"katanya
Pasangan ini ditemui di set penggambaran telefilem Bos, Nak Cuti yang menggandingkan mereka sebagai teruja utama.
Naskhah terbitan A Aida Production itu bakal disiarkan di Salam HD saluran 113 Unifi TV.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube