TANPA berselindung penyanyi Noraniza Idris mengaku pernah lewat membuat pembayaran gaji para pekerjanya selama sebulan susulan menjadi mangsa penganiayaan sebuah akademi latihan keusahawanan.
Bagaimanapun Noraniza, 57, bersyukur para pekerjanya memahami situasi yang sedang melanda syarikat makanan ringan miliknya iaitu Cik Ani Premium namun itu bukan bererti dia lepas tangan terhadap tanggungjawabnya sebagai majikan.
“Memang ada gaji pekerja yang terlewat bayar dalam sebulan gaji.
Noraniza ketika membuat laporan polis 4 Mac lalu.
“Alhamdulillah mereka faham tentang pendapatan syarikat yang tidak seberapa sehingga perlu membayar RM30,000 ke RM40,000 gaji pekerja.
“Tapi saya ambil tanggungjawab itu dan cuba selesaikan sedikit demi sedikit,” katanya kepada mStar.
Noraniza berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media dan majlis berbuka puasa Starvendors di Ruang Rama Event Space, Petaling Jaya, Selangor pada malam Rabu.
Penyanyi itu antara salah seorang selebriti yang berniaga di acara berkenaan di KL Base, Lapangan Terbang TUDM, Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 20 hingga 24 Mac ini.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Noraniza Idris buat laporan polis, dakwa dianiaya sehingga bisnes muruku rugi RM630,000
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Noraniza Idris kecil hati netizen kritik buat konsert tak ‘gempak’ macam artis lain
Berkongsi lanjut, kata Noraniza dia turut menggunakan wang peribadi termasuk wang persembahan bagi mengatasi masalah kewangan syarikat.
Bagi Noraniza, ia adalah perkara biasa untuk mendahulukan wang sendiri apatah lagi perniagaan masih belum stabil.
“Keluarkan duit sendiri itu perkara biasa, siap kumpul dengan duit anak-anak.
“Sampai duit persembahan saya pun dimasukkan dalam akaun syarikat,” ujarnya.
Noraniza antara salah seorang selebriti yang berniaga di Starvendor.
Enggan mengalah dengan ujian melanda, Noraniza bersyukur hutang gaji pekerjanya sudah beransur selesai sejak November tahun lalu.
Jelas Noraniza, dia cuba mencari pendapatan sebanyak mungkin melalui berniaga di atas talian serta menyertai acara atau festival makanan.
Pada 4 Mac lalu, Noraniza membuat laporan polis terhadap sebuah akademi latihan keusahawanan dengan mendakwa dirinya menjadi mangsa penganiayaan sehingga terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM630,000.
Malah Noraniza memberitahu dia terpaksa merehatkan 20 orang pekerja kerana tidak mampu membayar gaji mereka.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!