MERENUNG pencapaian yang masih belum tercapai, penyanyi Naim Daniel mahu merialisasikan impian memberi menantu kepada ibunya.
Pun begitu, Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, tidak akan terburu-buru dalam hal ini, sebaliknya memilih untuk mengenali seseorang dengan lebih mendalam terlebih dahulu sebelum berkahwin.
Penyanyi lagu Lelaki Gila itu juga berjanji akan lebih serius dalam soal jodoh agar impian berkahwin terlaksana.
“Setakat ini pencapaian yang belum dicapai adalah saya belum ada isteri. Saya nak beri ibu saya menantu.
Naim mahu lebih serius dalam soal jodoh demi merealisasikan hasrat mendirikan rumah tangga.
“Tahun ni saya cuba nak mengenali seseorang tetapi saya tidak tergesa-gesa pun dengan benda ini (berkahwin).
“Kali ini memang saya cari untuk berkahwin. Saya datang cekak jer leher tanya nak kahwin tak!,” katanya kepada mStar.
Naim berkongsi perkara itu ketika ditemui di pelancaran Extended Play (EP) terbaharu Iman Troye berjudul Janji Raya yang berlangsung di Suria KLCC pada Rabu.
Dalam pada itu, Naim memberitahu bahawa dia tidak memandang latar belakang seseorang sama ada berpangkat atau pun tidak.
ARTIKEL BERKAITAN: Gambar ibu suap Naim Daniel makanan buat ramai rindukan emak
ARTIKEL BERKAITAN: Naim Daniel dapat ‘seru’ tamat zaman bujang, percintaan 4 tahun pula berakhir perpisahan
Sebaliknya Naim mengharapkan pasangan yang boleh memberi sokongan sepenuhnya dalam mengharungi kehidupan bersama.
“Saya tak kisah jika seseorang itu dari dalam industri atau luar industri asalkan memahami cara kerja masing-masing.
“Saya sangat mahukan seseorang yang betul-betul menyokong antara satu sama lain,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, (EP) Janji Raya Iman Troye memuatkan lima buah lagu iaitu Raya Ya Ya, Salam Salam Lebaran, Raya Kan, Janji Happy Hari Raya dan Selendang Ibunda.
Selain Iman, EP ini turut menampilkan Naim Daniel, Datuk Aliff Syukri, Dalia Farhana dan Alya Mardien sebagai rakan duet.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!