suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sheila Rusly terima menantu kedua, anak bongsu nikah di Genting Highland

Sheila kongsi sekitar majlis pernikahan anaknya.

ANAK bongsu kepada pelakon dan penerbit Sheila Rusly iaitu Luth Mikhail selamat bergelar suami kepada gadis pilihan hatinya iaitu Beatrice Chitra pada Jumaat.

Majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup dihadiri keluarga serta rakan terdekat kedua-dua keluarga di sebuah hotel di Genting Highland.

Sebelum itu menerusi laman Instagram, Sheila, 53, memuat naik video sekitar majlis berinai pasangan berkenaan.

shila 11

Sekitar majlis berinai anak Sheila.

Bagaimanapun dia tidak menyatakan secara lanjut mengenai majlis pernikahan anaknya itu.

Dalam video dikongsi turut kelihatan sahabat baik Sheila iaitu pelakon Sharifah Shahora serta Maria Tunku Sabri.

Bukan itu sahaja, jurusolek terkenal, Tiar Zainal turut berkongsi momen bersama Beatrice yang mendapatkan khidmat solekannya.

Malah menantu sulungnya iaitu Elisya Sandha turut berkongsi sekitar majlis pernikahan tersebut yang memperlihatkan pengantin dan tetamu mengenakan busana bertemakan putih.

ARTIKEL BERKAITAN: Sheila Rusly bagi ‘hint’ nak cucu lelaki, Elisya Sandha tunggu selepas proses beli rumah RM1.2 juta selesai

ARTIKEL BERKAITAN: Komen pedas Sheila Rusly teruk dikecam peminat, Norman Abdul Halim pula kagum... “Suntikan nafas baharu dalam program TV”

"Adik ipar nak kahwin sudah, Alhamdulillah," kongsinya di Instastory.

Sementara itu, usaha mStar mendapatkan kenyataan lanjut daripada Sheila tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak berjawab.

Pada Ogos lalu, Sheila berkongsi momen Beatrice mengucapkan syahadah di sebuah masjid yang turut disaksikan ahli keluarga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain