FILEM Imaginur dan Abang Adik antara karya bakal memberi saingan sengit menerusi Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) yang bakal berlangsung pada 7 Disember ini. Menerima sebanyak 15 pencalonan pada anugerah berprestij itu, pengarah Imaginur iaitu Nik Amir Mustapha turut mencuri perhatian apabila tercalon bagi kategori Pengarah Terbaik. Nik Amir bakal bersaing dengan beberapa nama besar lain dalam kategori sama iaitu Syafiq Yusof menerusi filem Sherif, Tunku Mona Riza (Raintown), Nizam Razak (Mechamato Muzik) dan Sabri Yunus (Duan Nago Bogho). Imaginur juga mendapat pencalonan menerusi kategori Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Pelakon Wanita Harapan, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pengarah Terbaik, Poster Terbaik dan Sinematografi Terbaik. Selain itu, Imaginur juga mendapat pencalonan dalam kategori Skor Muzik Asal Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Penyunting Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Pencalonan bagi lima Filem Terbaik FFM33. Sementara itu, filem Abang Adik arahan Jin Ong mendapat 11 pencalonan termasuk kategori Pengarah Harapan, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Lelaki Harapan dan Lakon Layar Terbaik. Abang Adik dan Imaginur juga tercalon merebut gelaran Filem Terbaik bersama lima lagi karya hebat lain iaitu Hungry Ghost Diner, Raintown, Sherif, Mechamato Movie dan Duan Nago Bagho. Pengumuman calon lima terbaik FFM33 diadakan pada majlis perasmian festival berkenaan yang berlangsung di Studio Sound Stage, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dekat Hulu Klang pada malam Jumaat. Mengangkat tema ‘EMAS - Evolusi Sinema Malaysia, majlis itu dirasmikan oleh Menteri Komunikasi iaitu Fahmi Fadzil. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 5 tahun, FFM33 perkenalkan semula kategori Dokumentari Terbaik ARTIKEL BERKAITAN: Wakil tunggal Malaysia tercalon, pengarah Chong Keat Aun jadi bualan di Festival Filem Antarabangsa Tokyo ke-37 Turut hadir adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi) Kementerian Komunikasi, Mano Verabathran, Pengerusi Finas, Datuk Kamil Othman dan Ketua Pegawai Eksskutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman dan Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin. Dalam pada itu, bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik menyaksikan persaingan antara Nadia Aqilah (Eva), Susan Lankester (Raintown), Nabila Huda (Rahsia), Diana Danielle (Imaginur) dan Chen Keat Yeok (Hungry Ghost Diner). Manakala calon Pelakon Lelaki Terbaik pula menampilkan Zul Ariffin (Sherif), Beto Kusyairi (Imaginur), Asrulfaizal (Duan Nago Bogho), Shaheizy Sam (Polis Evo 3) dan Chew Kin Wan (Raintown). Bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pula memperlihatkan persaingan di antara Elizabeth Tan menerusi Sheriff, Nadiya Nisaa (Imaginur), Pauline Tan (Rain Town), Remon Lim (Victims) dan Angeline Tan (Duan Nago Bogho). Fahmi (dua dari kiri) merasmikan FFM33 yang berlangsung di Studio Sound Stage, Finas. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pula mencalonkan Wan Azli menerusi filem Pagari Bulan, Sharnaaz Ahmad (Polis Evo 3), Syafiq Kyle (Sheriff), Kahoe Hon (Victims) dan Jack Tan (Abang Adik). Kategori Pelakon Lelaki Harapan pula menyenaraikan Safwa Nazri (Malbatt: Misi Bakara), Aniq Durar (Pagari Bulan), Tan Kim Wang (Abang Adik), Yusuf Bahrin (The Lord Musang King) dan Danish Zamri (Memoir Seorang Guru). Manakala bagi kategori wanita pula Harissa Adlynn (The Lord Musang King), Trisha Ooi (Janna Endoro), Teoh Ying Pei (The Lord Musang King), Zera Hariz (Syif Malam) dan Takahara Suiko (Imaginur). Bagi edisi kali ini, sebanyak 104 penyertaan diterima dengan 95 pencalonan layak bertanding merangkumi 64 filem cereka, 20 filem pendek dan 11 filem dokumentari. Pencalonan bagi lima Pengarah Terbaik FFM33. Antara kategori lain yang turut dipertandingkan adalah Sinematografi Terbaik, Penyunting Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Poster Terbaik, Filem Pendek Terbaik dan Dokumentari Terbaik. Pemenang bagi 27 kategori yang dipertandingkan bakal menerima wang tunai RM5,000 dan trofi manakala pemenang Anugerah Khas bakal menerima RM10,000 dan trofi. Anugerah Filem Terbaik pula akan menerima insentif Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM500,000. FFM33 turut memperkenalkan 57 program sisipan interaktif dalam tiga teras utama iaitu Film Bizz, Pembudayaan Sinema dan Peningkatan Peofesionalisme. Lakonan cemerlang Jack Tan dalam Abang Adik berjaya menempatkannya dalam top 5 kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. Tidak terhenti di situ, kerjasama dengan Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) akan menampilkan program Intuisi Emas di Datum Jelatek iaitu forum “Orang Muda dalam Perjuangan” pada 23 November 2024 bersama pengarah muda prolifik. Manakala WHAM turut menganjurkan forum “Lihatlah Dunia, Trofi FFM Merubah Hidupku” pada 24 November 2024 dengan pemenang FFM terdahulu. Malam kemuncak FFM33 bakal berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Kota Media di Angkasapuri Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung menerusi RTM TV2 pada pukul 9 malam. Acara berprestij itu bakal dikendalikan oleh hos terkenal Datuk AC Mizal dan Scha Alyahya selain turut diserikan dengan persembahan daripada Dayang Nurfaizah, Amir Jahari, Aizat Amdan, Aina Abdul, Niki Palikat, Aisha Retno, Haqiem Rusli, Jaclyn Victor dan Marsha Milan. Berikut adalah senarai calon akhir FFM33: Filem Terbaik Hungry Ghost Diner Abang Adik Rain Town Sheriff Imaginur Mechamato Movie Duan Nago Bogho Pengarah Terbaik Syafiq Yusof (Sheriff) Nik Amir Mustapha (Imaginur) Tunku Mona Riza (Rain Town) Nizam Razak (Mechamato Movie) Sabri Yunus (Duan Nago Bogho) Pelakon Lelaki Terbaik Zul Ariffin (Sheriff) Shaheizy Sam (Polis Evo 3) Beto Kusyairy (Imaginur) Asrulfaizal (Duan Nago Bogho) Chew Kin Wah (Rain Town) Pelakon Wanita Terbaik Nadia Aqilah (EVA) Susan Lankester (Rain Town) Nabila Huda (Rahsia) Diana Danielle (Imaginur) Chen Keat Yoke (Hungry Ghost Diner) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Elizabeth Tan (Sheriff) Nadiya Nisaa (Imaginur) Pauline Tan (Rain Town) Remon Lim (Victim(s) Angeline Tan (Duan Nago Bogho) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Wan Azli (Pagari Bulan) Sharnaaz Ahmad (Polis Evo 3) Syafiq Kyle (Sheriff) Kahoe Hon (Victims) Jack Tan (Abang Adik) Pelakon Lelaki Harapan Safwan Nazri (Malbatt: Misi Bakara) Aniq Durar (Pagari Bulan) Tan Kim Wang (Abang Adik) Yusuf Bahrin (The Lord Musang King) Danish Zamri (Memoir Seorang Guru) Pelakon Wanita Harapan Harissa Adlynn (The Lord Musang King) Trisha Ooi (Janna Endoro) Teoh Ying Pei (The Lord Musang King) Zera Hariz (Syif Malam) Takahara Suiko (Imaginur) Pengarah Harapan Jin Ong (Abang Adik) Cho We Jun (Hungry Ghost Diner) Jacky Yeap (Sometime, Sometime) Kyoll Hamzah (Memoir Seorang Guru) Suhaiza Aziz (EVA) Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Syed Muhammad Baqir (Memoir Seorang Guru) Joanne Marissa (Agrinai) Nur Qistina Raisah (Rahsia) Shamshul Danish (EVA) Qisya Hairulzain (Magik) Sinematografi Terbaik Sheriff Imaginur Hungry Ghost Diner Imam Pagari Bulan Lakon Layar Terbaik Hungry Ghost Diner Duan Nago Bogho Abang Adik Rain Town Imaginur Cerita Asal Terbaik Rain Town Duan Nago Bogho Abang Adik Imaginur Hungry Ghost Diner Penataan Seni Terbaik Abang Adik Pagari Bulan Imaginur Malbatt: Misi Bakara EVA Penataan Bunyi Terbaik Hungry Ghost Diner Imaginur Malbatt: Misi Bakara Mechamato Movie Rain Town Penyunting Terbaik Sheriff Abang Adik Malbatt: Misi Bakara Hungry Ghost Diner Imaginur Lagu Tema Terbaik Rain Town Imaginur Polis Evo 3 Abang Adik Naam Katra Isai Skor Muzik Asal Terbaik Hungry Ghost Diner Malbatt: Misi Bakara Naam Katra Isai Imaginur Polis Evo 3 Kesan Khas Visual Terbaik Sheriff Mechamato Movie Malbatt: Misi Bakara EVA Polis Evo 3 Poster Terbaik Memoir Seorang Guru Duan Nago Bogho Imaginur Walid Mechamato Movie Rekaan Kostum/Busana Terbaik Malbatt: Misi Bakara Abang Adik Sheriff Pagari Bulan Sumpahan Jerunei Tatarias/Solekan Terbaik Malbatt: Misi Bakara Abang Adik Polis Evo 3 Pulau Victim(s) Dokumentari Terbaik Pekik (Stereo Pixels Sdn Bhd) Naskhah Diraja - 5 Tahun Pemerintahan Al-Sultan Abdullah (Majalah 3) Kita - Sabah Celebrating Diversity (Videographics Productions Sdn Bhd) Misi Kemanusiaan Palestin (Majalah 3) Saudin The Orangutan Whisperer (RYE Production Sdn Bhd ) Filem Pendek Terbaik Horologist Road To Harvard Hatim Dari Bangladesh Tali Kasut Kumang The Missing Trophy Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!