suria

“Dia kenal saya ke?”… Dayang Nurfaizah macam tak percaya Rossa ajak berduet di Konsert Divas & Diamonds 2024

Dayang (kiri) teruja dapat bergandingan bersama Rossa.

UMPAMA mimpi jadi kenyataan, itulah perasaan Dayang Nurfaizah apabila penyanyi Indonesia Datuk Seri Rossa menyatakan hasrat bergandingan bersamanya dalam Konsert Divas & Diamonds 2024 yang akan berlangsung pada 7 September depan.

Menurut Dayang atau Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 42, pelawaan itu boleh dianggap sebagai satu penghormatan dan peluang keemasan buat dirinya.

"Saya sebenarnya terkejut juga apabila Rossa beritahu ingin berduet bersama saya di pentas konsert kami.

dayang2 - 1

Dayang tidak sabar untuk menghiburkan peminat di JB.

"Ia satu penghormatan buat saya apabila dia sendiri yang membuka peluang itu kerana kami memang tidak pernah merancang untuk menyanyi bersama.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih atas peluang ini. Rasa macam mimpi jadi kenyataan. gandingan dalam konsert itu akan menjadi satu memori buat saya," katanya kepada mStar.

Dayang berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Konsert Divas & Diamonds 2024 yang diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam pada itu, Dayang berkata dia teruja untuk berkongsi pentas dan bergandingan bersama penyanyi popular itu,

ARTIKEL BERKAITAN: Dayang Nurfaizah bukan obses mahu kurus, badan langsing sebab jaga pemakanan

ARTIKEL BERKAITAN: Dayang Nurfaizah ada rasa terkilan, akhirnya selesai rakam lagu terakhir Rudy Imran

Malah, dia mengakui gembira kerana penyanyi lagu Tegar itu mengenali diri dan kerjaya nyanyiannya.

"Saya tidak pernah menyanyi bersama Rossa, sebelum ini pun hanya berkongsi pentas tetapi tidak pernah menyanyi sekali.

"Bila dia cakap nak duet dengan saya, saya teruja. Dia kenal saya ke?" ujarnya.

Bercakap mengenai Konsert Divas & Diamonds 2024 yang akan berlangsung di Arena Larkin, Dayang berkata dia tidak sabar menghiburkan peminat di Johor.

Selain Rossa, Dayang juga bakal bergandingan bersama penyanyi popular lain iaitu Datuk Jamal Abdillah dan seorang lagi penyanyi yang akan dimaklumkan tidak lama lagi.

dayang1 - 1

Rossa dan Dayang bakal digandingkan dalam Konsert Divas & Diamonds 2024.

"Saya juga teruja untuk membuat konsert di Johor Baharu (JB) kerana peminat di sana sangat sporting.

"Sebelum ini saya ke JB hanya untuk membuat persembahan pentas atau korporat tetapi kali ini berpeluang mengadakan konsert di sana.

"Bagi saya konsert ini sangat menarik kerana menampilkan barisan penyanyi-penyanyi hebat seperti Rossa dan Jamal Abdillah," katanya.

Peminat boleh mendapatkan tiket konsert dengan melayari laman web ticket2u.com dengan harga bermula dari RM288 hingga RM888.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain