suria

Hina kesucian bulan Ramadan, Fahmi Fadzil minta SKMM teliti video kontroversi Aliff Syukri

Fahmi (kanan) minta SKMM siasat penularan video Aliff.

MENTERI Komunikasi Fahmi Fazdil telah meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan sekiranya perlu terhadap usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri.

Tindakan tersebut susulan penularan video Aliff sebelum ini mempromosikan lagu raya baharunya berjudul Love Raya yang dikatakan mengandungi unsur keterlaluan serta menghina kesucian bulan Ramadan.

"Saya telah tonton sebahagian video di media sosial dan menerima banyak komen dari netizen untuk mengambil tindakan. Saya dimaklumkan video tersebut telah pun dipadamkan.

fahmi 2

Fahmi nasihat semua pempengaruh teliti kandungan media sosial.

"Saya telah meminta SKMM untuk meneliti dan mengambil tindakan bersesuaian. Jika ada keperluan untuk lakukan siasatan SKMM boleh berbuat demikian," katanya kepada pemberita.

Fahmi ditemui ketika Majlis Apresiasi Bersama Media yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Video raya rupanya April Fool... Netizen tak terima gurauan biadab persenda agama, netizen mahu boikot produk Aliff Syukri

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri buat hal lagi! Ibu kecewa tengok MV raya lelaki menari menggeletis, sedih 10 malam terakhir Ramadan dicemari

Dalam masa sama Fahmi turut menasihati mana-mana pempengaruh untuk meneliti setiap kandungan yang dimuat naik agar ia bersesuaian bagi tontonan umum terutama kanak-kanak.

"Sebagai influencer mereka perlu meneliti kandungan yang dihasilkan secara mendalam. Kami (kerajaan) risau kandungan sebegini boleh memberi kesan negatif terutama kepada kanak-kanak.

Kami (kerajaan) risau kandungan sebegini boleh memberi kesan negatif terutama kepada kanak-kanak

FAHMI FADZIL

MENTERI KOMUNIKASI

"Pertemuan juga akan diadakan bagi membuat keputusan terutamanya untuk memastikan media sosial selamat digunakan," jelasnya.

Isu melibatkan Aliff sebelum ini menjadi bualan ramai selepas dia memuat naik video teaser lagu berjudul Love Raya.

Video berkenaan memaparkan tarian yang dilihat agar keterlaluan dan tidak sesuai ditonton terutama di bulan Ramadan.

aliff syukri 1

Aliff memohon maaf selepas tular video lagu Love Raya.

Selepas menerima banyak kecaman, Aliff bagaimanapun bertindak memadam semula video berkenaan dan memberitahu pelancaran lagu baharu hanya sekadar gimik.

Aliff turut memohon maaf selain meminta mana-mana pihak memadam salinan video tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain