suria

Jaga imej dan nama baik keluarga, Wani Kayrie tolak watak perampas

Wani beberapa kali menolak tawaran melakonkan watak penyondol.

DEMI menjaga imej dan nama baik keluarga, pelakon dan penyanyi Wani Kayrie tidak akan menerima sebarang watak sebagai penyondol meskipun hanya sekadar lakonan.

Wani atau Syazwani Abdullah, 24, berkata, dia tidak mahu membawa sebarang watak yang boleh memberikan kesan negatif kepada penonton.

Kata Wani, biarpun namanya mungkin melonjak dengan karakter perampas namun artis kelahiran Sabah ini teguh dengan pendiriannya.

wani2 - 1

Wani tegas dengan pendirian tidak membawakan watak negatif dalam lakonan.

"Saya menolak watak-watak sedemikian kerana ingin menjaga imej dan penampilan diri. Selain itu, saya juga perlu menjaga nama baik keluarga sebab mak selalu pesan jaga diri.

"Walaupun ia akan memberi impak kepada lakonan saya jika membawakan watak dengan baik tetapi saya tak rasa tak selesa.

"Saya tak selesa bawa apa-apa watak yang boleh beri kesan negatif kepada penonton dan nama baik keluarga juga perlu saya jaga," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Faham derita ditanggung Bella Astillah, Wani Kayrie tak tahu rasa ujian rumah tangga - "Saya pun belum kahwin"

ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu tanggung sakit, Wani Kayrie selamat jalani pembedahan akibat angin pasang

Dalam pada itu, Wani memberitahu dia sudah beberapa kali menolak tawaran watak perampasa dan sangat tegas mengenainya.

Kata Wani, dia tidak akan menerima tawaran berlakon secara membuta tuli selain memilih peranan sesuai dengan dirinya.

"Saya pernah menolak watak wanita perampas, tambah pula saya disuruh membawa perwatakan seksi, perempuan yang agak liar.

"Saya ada pendirian saya sendiri dan saya rasa watak itu (penyondol) bukan untuk saya.

"Saya akan pilih watak yang sesuai dengan diri saya kerana saya tidak akan mengambil watak yang bukan-bukan," ujarnya.

wani1 - 1

Wani mahu menjaga nama baik diri dan keluarga.

Sementara itu, penyanyi lagu Fajar ini sedar kesan terhadap karier lakonannya apabila dilihat 'demand' walaupun masih baharu dalam bidang tersebut.

"Saya sedar apabila menolak sesuatu tawaran itu akan ada kesannya. Mungkin penerbit akan fikir saya ini memilih atau tidak mahu mengambil watak seperti itu.

"Tetapi saya tidak kisah kerana saya menganggap ia mungkin bukan rezeki saya," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain