suria

[V] Bukan menempel kontroversi, Wawa Zainal sudah lama ‘ikat’ Misya Mazlan sebagai duta produk

BUKAN mahu mengambil kesempatan terhadap kontroversi melanda, pelakon dan usahawan Wawa Zainal menjelaskan dia sekadar ingin membantu madu kepada Marissa Dania iaitu Misya Mazlan apabila melantiknya sebagai duta produk.

Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 32, berkata semua yang berlaku sekadar kebetulan memandangkan mereka telah lama mengikat perjanjian bersama.

"Sebenarnya ia kebetulan... kami sudah buat perjanjian dengan Misya sudah lama.

umisya

Wawa sekadar mahu membantu Misya jana pendapatan.

"Kami tidak menggunakan dia sebagai pemasaran. Tidak sama sekali!

"Dalam masa yang sama kami memang nak bantu dia juga... yang sebelah sana sudah banyak tawaran kerja," katanya kepada mStar.

Wawa berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Indahnya Ramadan bersama Wawa yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Wawa Zainal muntah darah, mohon doa urusan di Makkah dipermudahkan

ARTIKEL BERAKITAN: Wawa Zainal terkejut dituduh potong gaji pekerja, stres nama kena petik... “Kami kerap bagi staf bonus”

Dia juga berharap peluang diberikan kepada Misya dengan menjadi duta produk tudungnya dapat memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada wanita tersebut.

Malah dia juga tidak menempel isu rumah tangga Misya bagi menaikan lagi nama produknya sebaliknya memilih artis mahupun pempengaruh yang sedang mendapat perhatian masyarakat.

"Kami nak dia lebih menonjol juga supaya lebih banyak tawaran selepas ini. Untuk lakukan promosi setiap bulan memang akan ada artis dan pempengaruh yang bantu.

wawa1

Wawa dan Aeril tidak pasti tentang kemelut rumah tangga Misya.

"Tapi kami tengok pempengaruh yang sedang jadi perhatian juga waktu sekarang ini. Kami pun tak menggunakan kes dia untuk menaikkan barang kami," ujarnya.

Pada Februari lalu, Wawa dipuji netizen apabila memilih isteri Misya sebagai wajah untuk koleksi tudung terbaru jenama Wawa Scarves selama tiga bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain