suria

[V] Bella Astillah maafkan… Tak sangka sahabat baik sanggup buat perkara buruk itu, kelakuan Ruhainies di lokasi drama sangat baik

ENGGAN menyimpan dendam, pelakon Bella Astillah memilih untuk memaafkan Ruhainies meskipun aktres berkenaan terpalit kontroversi dicekup berkhalwat bersama suaminya iaitu Aliff Aziz.

Terbuka hati memaafkan, namun Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkata dia tidak mungkin dapat melupakan kejadian hitam yang merobek hati dan jiwanya pada Sabtu lalu itu.

"Sehingga hari ini (Rabu), pelakon wanita itu (Ruhainies) langsung tidak menghubungi. Saya juga tidak mahu panjangkan isu ini dan sempena bulan Ramadan yang mulia ini, saya maafkan dia.

bella 09090

Bella enggan menyimpan dendam.

"Saya maafkan namun tidak mungkin melupakan. Tidak tahu pada masa akan datang mungkin kami akan bertemu, saya belum terfikir lagi ke arah itu. Cuma saya harap tidak akan berjumpa dengannya.

"Apa yang saya harapkan perkara ini menjadi pengajaran buat semua termasuk diri sendiri," katanya secara eksklusif kepada mStar.

Bella ditemui ketika hadir di pejabat A. Aida Productions bagi menandatangani beberapa tawaran drama terbitan syarikat milik Datuk A. Aida itu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bella Astillah tuntut cerai, Aliff Aziz pula tak muncul di mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak tak tahu kes panas ini, Bella Astillah bagi alasan Aliff sibuk kerja

Lebih menarik, penerbit drama itu menggugurkan nama Ruhainies selepas terpalit kontroversi khalwat agar tidak terlibat dalam drama terbitan syarikatnya lalu menggantikan aktres itu dengan Bella.

Dalam pada itu, Bella berkata dia tidak menyangka Ruhainies yang dianggap sebagai seorang sahabat baik sanggup melakukan perkara sebegitu.

Malah Bella juga sebelum ini sama-sama terlibat dalam penggambaran drama berjudul Terjerat yang turut menampilkan Aliff dan Ruhainies sebagai watak utama namun dia menarik diri daripada membintangi drama itu akibat kontroversi yang berlaku.

Apa yang saya harapkan perkara ini menjadi pengajaran buat semua termasuk diri sendiri

BELLA ASTILLAH

PELAKON

"Di lokasi penggambaran dia sangat baik. Saya tak sangka perkara ini terjadi, sebab itu susah untuk memberi sebarang komen.

"Saya juga ambil keputusan untuk tarik diri dari penggambaran drama Terjerat kerana itulah yang terbaik. Syukur pihak produksi amat memahami situasi yang sedang saya alami," ujarnya.

Terlebih Bella pada Rabu hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi prosiding sebutan pertama selepas dia memfailkan cerai terhadap Aliff pada Isnin lalu.

bella 555

Bella terus aktif dalam kerjaya bersama A. Aida Productions.

Aliff bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah dan difahamkan aktor berkenaan terlibat dengan penggambaran drama berkenaan.

Ditanya tentang keadaan suaminya itu, Bella enggan mengulas lanjut dan meminta agar orang ramai terus mendoakan buat Aliff.

"Saya tidak boleh komen tentang Aliff. Minta doa sahaja buat dia.

bella 999

Bella memfailkan cerai terhadap Aliff.

"Mungkin perceraian dan kes yang terjadi ini sebagai hadiah ulang tahun saya pada 15 Mac. Ia menjadi pengajaran untuk saya lebih menyanyangi diri sendiri," jelasnya.

Pada Sabtu lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 hari sama dan bakal didakwa di Mahkamah Syariah.

Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakandua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain