suria

AG Coco hidap sakit buah pinggang tahap tiga, isteri mohon doa diberi kesembuhan

AG Coco didiagnos mempunyai masalah buah pinggang tahap tiga.

GITARIS Kumpulan Hujan iaitu AG Coco didiagnosis menghidap penyakit buah pinggang tahap ketiga.

Isteri AG iaitu Zuliana Eusoff memaklumkan suaminya itu kini sedang menjalani pembedahan 'ureteric stent insertion' iaitu memasukkan alat melalui saluran kecil hingga ke pundi kencing.

Pembedahan itu adalah bagi membenarkan air kencing mengalir daripada buah pinggang ke pundi kencing melalui ureter untuk menyahsekat batu karang yang menghalang aliran air kencing dalam buah pinggang.

AG 2

Hantaran Zuliana di Insta Storynya.

"Suami saya AG Coco akan menjalani pembedahan kecil (memasukkan stent ureter) untuk batu karang di buah pinggangnya.

"Saya amat hargai jika anda dapat mendoakan dia (AG Coco) supaya diberikan kestabilan dan kesembuhan kerana dia juga pada awalnya didiagnos dengan penyakit buah pinggang tahap tiga," katanya.

Zuliana memaklumkan perkara itu dalam satu hantaran di Instastory pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Serina menangis dapat tahu Chef Wan hidap kanser limfoma, kagum bapa sangat tenang berdepan ujian

ARTIKEL BERKAITAN: Chef Wan disahkan hidap kanser limfoma, bakal mula rawatan kimoterapi

Tambah Zuliana, dia juga berasa sebak apabila tidak dapat berada disamping suami ketika ini.

"Sungguh menyayat hati apabila saya berada beribu-ribu batu jauh darinya bersama anak saya yang ketika ini amat memerlukan kami sekarang.

"Tetapi saya yakin perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan," ujarnya.

AG 1

AG dan Zuliana mempunyai seorang cahaya mata.

Difahamkan, Zuliana kini sedang berada di London, United Kingdom bersama anak mereka, Hidayat Hezry.

Untuk rekod, AG atau Hedzry Hafiz, 38, dan Zuliana berkahwin pada 10 Disember 2016 dan mempunyai seorang anak iaitu Hidayat yang kini berumur 6 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain