suria

Zulin Aziz pertahankan wanita tak pandai siang ikan... “Saya potong sayur pun bentuk segi tiga”

Zulin akui dia juga tidak mahir untuk siang ikan.

RAKAMAN video pengacara televisyen dilihat tidak pandai menyiang ikan semasa dalam program siaran langsung menjadi bualan ramai netizen di media sosial.

Isu ini turut menarik perhatian pelakon Zulin Aziz yang tampil mempertahankan golongan wanita yang dikecam kerana dikatakan tidak tahu mengurus hal-hal di dapur.

Dalam hal ini, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 34, mendedahkan dia juga merupakan antara individu yang tidak pandai melakukan perkara asas itu.

Zulin 2

Klip rakaman pengacara TV yang dikecam netizen.

Bukan sahaja tidak pandai siang ikan, Zulin menjelaskan dia juga kekok untuk memotong ayam dan sayur-sayuran.

"Sekarang beli ikan semua siap siang. Tak payahlah semua benda nak kecam. Aku pun tidak reti siang ikan, potong ayam.

"Potong sayur pun kadang bentuk hati, segi tiga, petak bujur semua ada. Ikut suka hati aku," katanya menerusi satu hantaran di Instastory pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh isu tak pandai siang ikan, ibu mentua ini berbeza pandangan... Adil dan ‘open minded’

ARTIKEL BERKAITAN: Watie Hanifiah kongsi momen pertama kali jumpa ibu mentua, awal-awal mengaku tak pandai siang ikan

Tambah Zulin, dia juga tidak bersetuju terhadap kecaman bertubi-tubi yang dilontarkan oleh netizen kepada pengacara TV berkenaan.

Jelas pelakon itu, tiada gunanya sekiranya seseorang itu pandai untuk melakukan kerja asas di dapur namun hakikatnya malas memasak.

"Tidak reti siang ikan pun kena kecam. Kalau reti siang ikan tapi malas masak pun tiada guna," ujarnya.

Zulin 1

Zulin sering berkongsikan video masakannya di media sosial.

Sebelum ini, rakaman video berkenaan pengacara TV tidak pandai siang ikan itu menjadi perdebatan dalam kalangan warganet.

Terdapat segelintir daripada mereka menyindir dan menyatakan perkara tersebut seharusnya menjadi asas kehidupan dan perlu diketahui sejak awal lagi.

Bagaimanapun, ada juga netizen tampil mempertahankan perkara itu kerana bagi mereka ia hanya isu kecil dan boleh dipelajari.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain