suria

Suami kritikal terpaksa ditidurkan, Amyza Aznan buat keputusan sukar demi selamatkan nyawa

Amyza memaklumkan keadaan suaminya kini kritikal.

PELAKON Amyza Aznan terpaksa membuat keputusan sukar bagi menyelamatkan nyawa suami tercinta iaitu Khairil Izhar Mohd Nazir yang sedang menerima rawatan di Hospital Ampang, Selangor.

Amyza, 46, berkata dia terpaksa menandatangani surat izin membenarkan pihak hospital meneruskan rawatan dialisis dalam keadaan suaminya masih ditidurkan.

Kata Amyza, jika dia tidak membenarkan Khairil meneruskan rawatan berkenaan, berkemungkinan lebih banyak kegagalan pada organ lain akan berlaku.

Namun jika dia membenarkan rawatan tersebut, ada risiko jantung suaminya pula akan terhenti.

Amyza sebelum itu memaklumkan suaminya ditidurkan menerusi Instastory.

Amyza sebelum itu memaklumkan suaminya ditidurkan menerusi Instastory.

"Kalau saya tidak bersetuju (lakukan dialisis), doktor kata ia akan merosakkan organ-organ lain tetapi kalau jalani proses dialisis ini pula risikonya tinggi sehingga boleh menyebabkan jantungnya terhenti.

"Saya tidak tahu untuk membuat keputusan tetapi saya hanya turunkan tandatangan untuk bersetuju dengan rawatan dialisis itu.

"Saya hanya fikir positif kerana doktor memberitahu terdapat ramai pesakit yang berjaya melalui proses ini dengan baik," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Amyza Aznan diuji lagi... anak kemalangan ketika pulang dari studio rakaman

ARTIKEL BERKAITAN: Amyza Aznan cekal jaga suami, rezeki datang selepas reda ketentuan takdir - "Anggap apa yang berlaku sebab Allah nak naikkan darjat kita"

Sebelum itu, menerusi Instastory Amyza berkongsi berita sedih suaminya terpaksa ditidurkan akibat sesak nafas pada pagi Selasa.

Dalam perkembangan terkini, pelakon drama Rindu Kasih itu memberitahu suaminya masih dalam keadaan kritikal dan sedang dipantau rapi di hospital.

Cerita Amyza sudah tiga bulan Khairil mengalami gangguan pernafasan dan tidak boleh tidur secara normal.

Kalau saya tidak bersetuju, doktor kata ia akan merosakkan organ lain tetapi kalau jalani proses dialisis ini pula risikonya tinggi.

AMYZA AZNAN

PELAKON

"Sebenarnya dah hampir dua bulan dia tidak dapat tidur secara normal kerana tidak boleh bernafas. Dia tidur duduk, jika tidur baring pasti akan sesak nafas.

"Dia tidak ada penyakit asma tetapi menurut doktor yang merawatnya sebelum ini, pakar memberitahu suami saya mengalami kegagalan buah pinggang, di mana proses pam darah ke jantung tidak berjalan lancar. Itu yang menyebabkan dia sesak nafas," ujarnya.

Tambah Amyza, doktor terpaksa mengambil keputusan untuk menidurkan Khairil bagi mengurangkan tekanan pada paru-paru.

Malah bacaan kadar kreatinin pada buah pinggang suaminya juga terlalu tinggi dan boleh mengundang bahaya.

"Pagi tadi hospital telefon saya minta datang ke hospital kerana keadaannya sudah kritikal.

Amyza terpaksa membuat keputusan sukar untuk meneruskan rawatan Khairil.

Amyza terpaksa membuat keputusan sukar untuk meneruskan rawatan Khairil.

"Saya sampai saja di hospital doktor sudah tidurkan dia untuk mengurangkan paru-parunya bekerja keras. Oksigen dia memang sudah turun.

"Doktor juga memaklumkan bacaan kreatinin buah pinggangnya mencapai 1,000 di mana ia sangat tinggi" katanya.

Pada Disember 2017 lalu, Khairil pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta kerana serangan jantung.

Untuk rekod, Amyza dan Khairil mendirikan rumah tangga pada 2003 dan hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Andre Mikhail, 17, Adrian Adam, 15, dan Ayden Andika, 9.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain