PENYANYI Datuk Nora Ariffin meluahkan rasa syukur apabila sudah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan selama 10 hari di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor akbiat sesak nafas. Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin, 50, berkata, kesembuhan yang dikurniakan Allah selepas bertarung nyawa selama tiga haari di Unit Rawatan Rapi (ICU) disifatkan sebagai peluang baharu buat dirinya. "17 November 2023, genab sepuluh hari saya berada di hospital, tiga hari ICU. Nora tak sabar ingin kembali berkerja selepas sembuh. "Alhamdulillah kini sudah pun kembali berehat di rumah. Syukur seolah-olah diberi peluang kedua. Allah saja yang tahu," katanya. Nora berkongsi keadaannya itu menerusi Instagram miliknya pada petang Ahad yang memaparkan dirinya sudah kembali sihat. Dalam pada itu, dia juga berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dalam kesembuhan dirinya sepanjang menerima rawatan. Malah dia juga meluahkan rasa tidak sabar untuk kembali berkerja selepas mendapat rehat yang mencukupi. ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin dimasukkan ke ICU akibat sesak nafas ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin dilaporkan stabil dan tidak membimbangkan, masih terima rawatan di ICU "Terima kasih buat suami da anak-anak tersayang. "Saya juga merakamkan banyak-banyak terima kasih kepada sahabat yang mendoakan, ziarah dan buat solat hajat. Hanya Allah sahaja yang dapat balas jasa baik anda. "Saya tak sabar untuk kembali berkerja macam biasa," ujarnya. Nora bersam suaminya, Dr Rushdi Ramli. Sebelum ini, khabar Nora dimasukkan ke hospital dimaklumkan oleh suaminya iaitu Dr Rushdi Ramli yang dikongsi oleh penyanyi Datuk Aishah di Instagram miliknya. Dalam mesej berkenaan, Rushdi memohon agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan isterinya itu. Manakala menurut pengurusnya yang dikenali sebagai Jaja, penyanyi berkenaan dimasukkan ke hospital akibat demam panas dan mengalami sesak nafas. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!