suria

Nora Ariffin dilaporkan stabil dan tidak membimbangkan, masih terima rawatan di ICU

Nora sudah dalam keadaan stabil selepas dirawat di hospital.

PENYANYI Datuk Nora Ariffin dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Kajang, Selangor akibat sesak nafas.

Menurut pengurusnya dikenali sebagai Jaja memaklumkan suami Nora iaitu Dr Rushdi Ramli ada berkongsi perkembangan terkini penyanyi itu.

"Saya belum dapat melawat Datuk lagi tapi mengikut suaminya, dia dalam keadaan stabil dan tidak membimbangkan. Alhamdulillah.

Nora suami

Suami sentiasa kongsi perkembangan terkini Nora.

"Saya dimaklumkan Datuk dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu akibat demam panas dan mengalami sesak nafas sekitar pukul 4 pagi Ahad," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa

Dalam pada itu, Jaja memaklumkan penyanyi Hanya Satu itu masih lagi ditempatkan di ICU sehinggalah keadaan kesihatannya benar-benar stabil.

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin dimasukkan ke ICU akibat sesak nafas

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin tegur segelintir pihak hina poligami di media sosial, bimbang makan diri sendiri

Sebelum ini, khabar Nora dimasukkan ke hospital dimaklumkan oleh suaminya dan dikongsi oleh penyanyi Datuk Aishah di laman Instagram pada malam Isnin.

Rushdi dalam mesej berkenaan memohon agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan isterinya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain