suria

Rumah Ezad Lazim banjir lagi, pukul 2 pagi terkandas jalan dinaiki air

Ezad tidak dapat masuk ke rumahnya akibat dinaiki air.

PENYANYI Ezad Lazim terpaksa bergegas pulang selepas tamat persembahan di pentas All Stars Gegar Vaganza (ASGV) susulan rumahnya dinaiki air akibat banjir.

Menurut Ezad atau Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 44, dia juga tidak dapat memasuki kawasan perumahannya yang terletak di Sepang, Selangor kerana jalan tidak boleh dilalui oleh kenderaan.

"Jalan dah tak boleh masuk. Bekalan elektrik juga terputus. Longkang sudah dipenuhi air dan harap tidak terus banjir lagi.

ezad lazim 2

Ezad berkongsi keadaan di kawasan rumahnya.

"Laluan ke rumah sudah di tutup dengan penghadang. Saya keluar rumah untuk ke ASGV petang (Ahad) pun menumpang trak polis," katanya.

Ezad berkongsi keadaan tersebut di laman Instagram miliknya sekitar pukul 2.30 pagi, Isnin ketika masih terkandas di tempat berkenaan.

Tambahnya kawasan tersebut juga sering dilanda masalah sama apabila tiba musim hujan dan berharap akan ada tindakan susulan daripada pihak berwajib bagi menangani isu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan tiada yang istimewa, kucar-kacir... Ezad Lazim tersingkir minggu ketujuh All Stars Gegar Vaganza

ARTIKEL BERKAITAN: Berita palsu sudah meninggal dunia buat Ezad Lazim kesal, penat jawab panggilan perjelas keadaan sebenar

"Memang dari dulu selalu banjir di sini. Semoga ada tindak balas dari pihak berkenaan," ujarnya.

Sementara itu Ezad merupakan peserta yang tersingkir di konsert ASGV yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Persembahannya membawakan lagu Seksa dari kumpulan Ukays gagal menambat hari juri dan hanya berjaya mendapat markah sebanyak 58 peratus.

ezad lazim 3

Ezad tersingkir di minggu ketujuh ASGV.

Datuk Ramli MS selaku juri program berkenaan memberitahu tiada yang istimewa pada persembahan Ezad selain masalah melodi ketika menyampaikan lagu tersebut.

Sejurus selepas diumumkan tersingkir Ezad juga sudah memaklumkan keadaan rumahnya yang dinaiki air dan harus segera pulang.

"Saya kena terus balik sebab rumah saya banjir," jelasnya ketika di atas pentas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain