suria

Netizen petik nama di Instagram, Iqbal ke Terengganu ziarah pesakit saraf

Iqbal terpanggil untuk menyertai kunjungan sebuah yayasan menziarahi pesakit saraf.

SUSULAN namanya dipetik netizen, pempengaruh media sosial dan usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli terpanggil untuk menyertai kunjungan sebuah yayasan menziarah seorang pemuda dikenali Muhammad Hafizuddin yang diuji penyakit saraf sejak lima tahun lalu di Terengganu baru-baru ini.

Iqbal berkata, menerusi kunjungan itu, dia bersama pihak Yayasan Ikhlas bersama sukarelawan sempat membantu mengemas rumah, membeli peralatan dapur serta katil khas untuk kegunaan kanak-kanak tersebut.

"Sebelum bekerjasama dengan yayasan itu, nama saya turut dipetik dalam kalangan pengikut di Instagram untuk membantu adik Hafiz.

"Alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk bersama-sama menziarahi Hafiz bagi melihat keadaannya selain membantu mengecat rumah, beli peralatan dapur termasuk membeli katil khas untuk kegunaannya.

fd

Iqbal bersimpati dengan keadaan Hafiz yang menderita sakit saraf sejak usianya 16 tahun.

"Saya rasa sangat sedih tetapi seronok dapat turut serta membantu. Sebagai pempengaruh, saya ada kelebihan mempunyai pengikut yang ramai dan daripada situ sebaran info sebegini dapat mensasarkan lebih ramai orang untuk tahu isu yang ada," katanya.

Sehubungan itu, Iqbal berharap lebih ramai pempengaruh atau selebriti dapat membantu mesej sedemikian selain menyeru orang ramai menderma bagi golongan memerlukan seperti adik Hafiz.

Hafiz yang kini berusia 21 tahun mengalami masalah saraf akibat terjatuh tangga di sekolahnya ketika berusia 16 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Paru-paru dan jantung lemah, Mat London ditidurkan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lapan tahun terpisah, Awie akhirnya berpeluang jumpa dua anak Aidiladha ini

Sejak kejadian itu, kesihatannya terus merosot sehingga tumbesarannya terbantut selain badannya kurus kering dan mempunyai berat sekitar 10 kilogram.

Sementara itu, pengerusi Yayasan Ikhlas, Profesor Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata, pihaknya sedang menjalankan Kempen Bantu Pesakit Sihat (BPS) dalam usaha mengumpul dana bagi membiayai kos rawatan Hafiz selain beberapa pesakit lain.

“Kempen Bantu Pesakit Sihat ini sudah berjalan selama dua tahun lalu, di mana pihak kami (Yayasan Ikhlas) dalam usaha membantu golongan yang tidak berkemampuan ini yang tersisih daripada segi pembiayaan bantuan kewangan dan perubatan.

“Ikutkan sudah ramai pesakit yang pihak kami berjaya bantu sejak kempen ini berjalan. Kes adik Hafiz antara yang terpencil kami usahakan baru-baru ini.

WhatsApp Image 2023-06-27 at 6.35.43 PM

Pihak Yayasan Ikhlas turut membeli sebuah katil khas buat Hafiz.

“Kami berusaha mahu membantu dan mengurangkan beban keluarganya. Kami menyeru orang ramai turut sama-sama ambil tanggungjawab bantu menderma," katanya.

Untuk rekod, YI hadir memberikan bantuan berkala selama setahun seperti bantuan susu, lampin pakai buang, bantal dan tilam.

Bantuan berkala ini juga akan terus menerus bersama adik Hafiz dan akan mengikuti perkembangan kesihatannya sehingga mendapat berat badan yang lebih baik.

Anggaran kos yang perlu di tanggung bapanya juga adalah sebanyak RM2,000 sebulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain