suria

Fizz Fairuz korban 7 ekor lembu sempena Aidiladha, ada simbolik di sebalik 

Fizz simpan hasrat ingin miliki tujuh orang anak suatu hari nanti.

BERSEMPENA Hari Raya Aidiladha tahun ini, pelakon Datuk Fizz Fairuz melakukan ibadah korban dengan menumbangkan tujuh ekor lembu.

Fizz atau Mohd Fairuz Zainal Abidin, 43, berkata, jumlah itu adalah sebagai simbolik kepada keinginannya untuk memiliki tujuh orang cahaya mata bersama isteri, Datin Almy Nadia.

"Tujuh sebab saya mahu tujuh orang anak tapi kita sembelih lembu dulu.

"Saya kalau boleh nak tujuh orang anak sebab saya ada sembilan orang adik-beradik. Nak 'lawan' mak tak larat pula," katanya kepada mStar.

Fizz 2

Fizz simpan hasrat ingin miliki tujuh orang anak.

Fizz berkongsi perkara itu ketika ditemui di malam tayangan perdana filem Sue-On yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada malam Selasa.

Dalam pada itu, Fizz berkata, dia akan meraikan hari raya di Kuala Lumpur memandangkan ibadah korban dilakukan di kawasan tempat tinggalnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha cedera, Fizz Fairuz tuding jari... Seniman minta jangan serkap jarang

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kota janji terhadap Almy Nadia nombor satu, bentuk badan bukan isu buat Fizz Fairuz

"Saya akan beraya di Kuala Lumpur dan lakukan korban di sini sebanyak tujuh ekor. Ini yang paling meriah dan ibu saya juga akan datang ke sini," katanya.

Berkongsi maksud korbannya tahun ini, Fizz memberitahu dia mengagumi pengorbanan isterinya yang sentiasa bertanggungjawab dalam menguruskan anak-anaknya.

Fizz 1

Fizz hargai pengorbanan isteri selama ini.

"Korban bagi saya tahun ini adalah pengorbanan ibu kepada anak. Saya lihat seorang ibu sanggup buat apa sahaja demi anak-anak dia.

"Saya memang terharu lihat pengorbanan isteri saya," kongsinya.

Untuk rekod, Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Afrina Arianna, 6, Afrina Aurora, 5, Afrina Ayra, 4 dan Nur Afrina Aisyah, 2.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain