suria

Fasha Sandha cedera, Fizz Fairuz tuding jari… Seniman minta jangan serkap jarang

Seniman kesal dengan kenyataan Fizz Fairuz.

PERSATUAN Seniman Malaysia (Seniman) menyangkal tuduhan pelakon Datuk Fizz Fairuz yang mendakwa pertubuhan berkenaan tidak mengambil sebarang tindakan sekiranya berlaku kemalangan terhadap ahli mereka.

Setiausaha Agungnya Hafiz Nafiah menjelaskan sudah banyak inisiatif dan dasar yang dilakukan badan berkenaan demi kepentingan dan kebajikan ahli.

"Dia (Fizz Fairuz) seolah-olah memberi gambaran bahawa selama ini Seniman tidak berbuat apa-apa untuk ahli-ahli kami.

fizz1 - 1

Fizz tampil membuat kenyataan di instagram.

"Kami ingin memaklumkan kepada beliau bahawa selama ini banyak inisiatif dan dasar yang Seniman lakukan untuk ahli-ahli," katanya menerusi satu kenyataan media pada Khamis.

Fizz menerusi hantaran di Instagram miliknya meluahkan rasa kecewa susulan kemalangan menimpa aktres Fasha Sandha yang mengalami patah tulang mata kiri selepas kepalanya terhantuk di bucu katil ketika melakonkan adegan menerusi drama Anak Tuan bersama aktor Azhan Rani.

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit-sakit pun nak kerja... Azhan Rani terkejut Fasha nak sambung berlakon, takut susahkan kru - "Mujur produksi tangguhkan babak"

ARTIKEL BERKAITAN: Babak bersama Azhan Rani bertukar tragedi, tulang mata kiri Fasha Sandha patah terhentak bucu katil

Aktor itu berpendapat sebagai anak seni mereka tidak perlu bersungguh-sungguh kerana jika berlaku sebarang kemalangan semuanya perlu ditanggung sendiri.

"Inilah nasib anak seni, KWSP, Perkeso tak ada. Seniman tak gerak pun dari dulu. Yang merana artis kena tanggung sendiri.

"Kalau mampu, tak mampu, mereput dalam rumah. Faham-faham sahajalah," tulisnya.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai isu berkenaan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang dibangkitkan Fizz, Hafiz menjelaskan Seniman sudah pun menjalinkan kerjasama dengan pihak berkenaan sejak 2020.

Bagaimanapun kata Hafiz, sejak kerjasama itu dibuat, hanya 82 ahli Seniman yang mendaftarkan diri di bawah skim khas Perkeso bagi melindungi diri mereka ketika bekerja.

"Terima kasih kepada beliau kerana membangkitkan isu tentang Perkeso dan memberi ruang untuk ahli Seniman tahu bahawa kami telah pun bekerjasama dengan Perkeso sejak 2020.

fizz2 - 1

Fasha mengalami kecederaan di bahagian mata kirinya.

"Dalam kerjasama ini, Seniman dilantik menjadi ejen tunggal untuk kategori seni budaya sejak rundingan antara dua pihak dibuat sejak 2019.

"Sejak dua tahun ini data Seniman hanya mencatatkan 82 orang ahli Seniman yang berdaftar di bawah skim tersebut," terangnya.

Hafiz turut meluahkan rasa kesal dengan kenyataan dibuat Fizz dan menganggap aktor itu bertindak serkap jarang selain mencalarkan imej Seniman kerana kenyataan yang tidak berasas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain