suria

[V] Han Byul bakal nyanyi ‘Winter Sonata’ versi keroncong, belajar lenggok menerusi YouTube

Han Byul jalani latihan irama keroncong melalui YouTube.

BAKAL terlibat dalam konsert Aspirasi Irama Keroncong yang bakal berlangsung Ogos depan, penyanyi asal Korea Selatan Han Byul mula mempelajari seni nyanyian irama keroncong sejak dua bulan lalu sebagai persediaan.

Han Byul atau Jang Han Byul, 32, berkata, dia tidak mengambil sebarang kelas sebaliknya belajar teknik nyanyian keroncong menerusi YouTube.

Tambahnya, kebimbangannya kini adalah sebutannya berbunyi pelat namun sedang berusaha mengatasi masalah tersebut.

"Saya tak pernah menyanyikan lagu keroncong, tapi saya sudah mula belajar sejak dua bulan lalu menggunakan lagu Cinta Abadi sebagai latihan.

210224721_948754612362009_7304424126925327586_n

Han Byul teruja sepentas dengan artis hebat.

"Tapi saya sedikit bimbang dengan sebutan pelat tetapi saya akan melakukan yang terbaik dan saya akan berusaha keras itu itu. Saya anggap kalau ada bunyi Melayu mesti akan okay," katanya kepada mStar.

Han berkongsi perkara itu ketika ditemui sidang media Konsert Apresiasi Irama Keroncong yang berlangsung di Istana Budaya baru-baru ini.

Berkongsi lanjut mengenai konsert itu, Han Byul berkata, dia akan menyanyikan lagu Winter Sonata dalam versi Korea Selatan dan bahasa Melayu menggunakan irama keroncong.

ARTIKEL BERKAITAN: Han Byul tolak jadi artis Kpop, tetap balik Malaysia biarpun ada peminat serata dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Han Byul hormati bulan Ramadan, elak makan minum depan kawan Muslim... Bukan senang tahan lapar dan dahaga

Han Byul berkata, dia teruja untuk mempersembahkan lagu itu nanti buat penonton dan berharap mereka akan menyukainya.

"Ini juga kali pertama bagi saya untuk menyanyikan lagu itu dalam dua bahasa," luahnya.

Sementara itu, bekas peserta program Big Stage ini turut meluahkan rasa teruja dapat sebaris dengan penyanyi hebat pada konsert itu nanti seperti Datuk Yusni Hamid, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Awie dan Datin Alyah.

Saya tak pernah menyanyikan lagu keroncong, tapi saya sudah mula belajar sejak dua bulan lalu menggunakan lagu Cinta Abadi sebagai latihan.

HAN BYUL

PENYANYI

Katanya, rasa teruja terpilih menyertai konsert itu sama seperti peluang bertemu penyanyi pujaannya, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum ini.

"Saya sebenarnya gementar kerana belum pernah bertemu dengan beberapa penyanyi hebat di konsert ini.

"Ia satu penghormatan besar buat diri saya kerana diberi peluang untuk bersama-sama menjayakan konsert ini.

"Perasaan teruja itu sama seperti saya berjumpa Datuk Seri Siti Nurhaliza buat kali pertama dan tak sabar menghiburkan penonton nanti," katanya.

80612334_170926354124993_7914667286352191744_n

Han Byul akan nyanyikan lagu Winter Sonata dalam dua bahasa.

Konsert itu dianjurkan oleh Irama Studios yang mahu membawa generasi muda dan lama membuai kenangan silam irama lagu keroncong.

Pementasan yang bakal dipentaskan di Istana Budaya pada 5 dan 6 Ogos depan bertujuan menarik minat lebih ramai generasi muda dan turut mendapat kerjasama Kementerian Komunikasi dan Digital.

Persembahan itu bakal membawa evolusi 16 buah lagu sepanjang 90 minit konsert berlangsung.

Selain Han Byul, tiga lagi penyanyi generasi muda yang ditampilkan adalah Rasyidah Abd Rahim, Rizal Ahmad dan Jamilah Abu Bakar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain