suria

Lelaki serang Kamal Adli masih belum boleh ikat jamin, perbicaraan ditangguh 30 Mei

Suspek Kamal Adli tidak dibenarkan ikat jamin.

SUSPEK yang didakwa menyerang pelakon Kamal Adli di Singapura pada 12 Mac lalu kekal dengan perintah tidak dibenarkan untuk diikat jamin.

Perintah tersebut diputuskan Hakim Daerah, Ong Hian Sun pada sebutan kes yang berlangsung pada Selasa.

Mahkamah juga turut membenarkan penangguhan empat minggu lagi untuk melengkapkan siasatan berhubung kejadian tersebut.

Kamal Adli cedera dipukul cota.

Sebelum ini, mahkamah bersetuju terhadap permohonan pendakwa raya supaya tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin dan penangguhan kes selama empat minggu sehingga hari ini.

Keputusan tersebut juga dibuat berdasarkan penilaian Institut Kesihatan Mental yang diterima selepas lelaki tersebut menjalani pemeriksaan di sana.

Lelaki berusia 33 tahun itu didakwa di Mahkamah Negara pada 14 Mac atas pertuduhan terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek pukul Kamal Adli tak dibenar diikat jamin, mahkamah buat keputusan selepas buat penilaian psikiatrik

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah Singapura perintah suspek serang Kamal Adli jalani ujian psikiatri 2 minggu

Mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan atau mana-mana gabungan hukuman itu.

Pada 12 Mac lalu, Kamal diserang seorang lelaki tidak dikenali menggunakan cota ketika terlibat dalam acara Hari Raya Mega Sale 2023 di Singapura sehingga aktor itu mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala, wajah dan badan.

Mahkamah Singapura kemudian mereman suspek selama dua minggu dan diarahkan menjalani pemeriksaan psikiatrik di Institut Kesihatan Mental Singapura.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain