suria

“Ini cerita betul”… Syura terkejut lelaki Kuantan mengaku pernah bercinta dengannya, siap janji bawa jumpa keluarga

Syura memberi penjelasan berkenaan video tular.

SUSULAN video pendedahan seorang lelaki dikenali sebagai Zaki Jinggo mengakui pernah bercinta dengan Syura Badron, penyanyi itu tampil memberikan penjelasan berhubung perkara berkenaan.

Terkejut apabila menonton video tular itu, Syura atau Zuraidah Badron, 37, berkata dia sama sekali tidak mengenali individu berasal dari Kuantan, Pahang itu.

"Mula-mula tu memang saya terkejut apabila mendengar cerita yang disampaikan lelaki itu.

syura1 - 1

Syura menjelaskan tentang isu video viral.

"Saya siap cakap dalam hati, siapa mamat ni tiba-tiba mengaku pernah bercinta dengan aku? Kenal pun tak," katanya.

Selepas menonton keseluruhan video berkenaan, Syura berkata kemungkinan lelaki itu merupakan peminat yang pernah dipanggil naik ke pentas semasa dia menjayakan satu persembahan di Kuantan pada 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Syura buat parti 'gender reveal', impian anak-anak dapat adik lelaki tercapai

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 12 tahun Syura timang bayi lelaki, beri nama Muhammad Umar Eussof

"Tetapi selepas habis mendengar perbualannya, teringat suatu masa dahulu pada 2001 ketika lagu Kasih Tidak Terjamah menjadi siulan, saya pernah mengadakan persembahan di Kuantan.

"Pada masa itu, saya ada mengajak seorang peminat naik ke pentas untuk menyanyi bersama saya.

"Mungkin Abang Zaki ini adalah peminat itu berdasarkan cerita yang didedahkan dalam video tersebut," ujarnya.

Malah, Syura juga dimaklumkan bahawa Zaki merupakan antara individu yang sering hadir ke acara hiburan terutamanya melibatkan persembahan nyanyian.

"Saya ada terbaca beberapa komen di entri video itu dan ramai cakap, Abang Zaki ini memang selalu kelihatan di sana.

"Ada yang kata dia suka menyanyi dan mengikut komen individu lain, mereka mendakwa Abang Zaki ni kurang sihat.

"Jadi saya fahamlah apa yang warganet maksudkan dan anggap pendedahan Abang Zaki sebagai hiburan kerana ia melucukan," jelasnya.

Dalam pada itu, Syura berkata suaminya turut terhibur mendengar kisah imaginasi lelaki berkenaan.

"Saya pun ada tunjuk video ini kepada suami, dia pun ketawa mendengar ceritanya.

syura2 - 1

Syura mohon maaf atas sikap 'kenalannya' dahulu.

"Apapun, saya minta maaf kepada Abang Zaki kerana 'kenakalan' saya semasa berumur 15 tahun ketika itu membuatkannya teringat-ingat hingga sekarang," guraunya.

Sebelum ini, tular video di aplikasi TikTok seorang lelaki mengaku pernah bercinta dengan Syura.

Katanya hubungan itu bermula apabila dia dipelawa naik ke pentas oleh Syura dan penyanyi itu memberitahu sudah jatuh cinta serta mahu membawa berjumpa keluarga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain