suria

Kumpulan rock Dream Theater bakal gegarkan pentas Malaysia, adakan konsert Mei depan

Dream Theater bakal menganjurkan konsert di Malaysia.

KUMPULAN rock metal terkenal dari Amerika Syarikat iaitu Dream Theater bakal mengadakan konsert di Malaysia dalam siri jelajah Top Of The World pada 10 Mei depan.

Penganjur konsert tersebut, Shiraz Projects dalam satu kenyataan memberitahu ini merupakan satu kebanggaan kerana dapat menjadi sebahagian daripada rangkaian Top Of The World yang bermula di Seoul, Korea, kemudian melalui beberapa buah negara yang berakhir di Indonesia.

"Pihak Shiraz Projects percaya peminat Dream Theater sudah lama mahu menyaksikan mereka kembali beraksi dan kami berasa sangat gembira dapat membawakan siri jelajah ini kepada peminat di Malaysia dan Singapura," katanya.

dream - 1

Dream Theater mempunyai pengaruh muziknya tersendiri.

Dream Theater cukup dikenali dengan ketelitian dalam penghasilan muzik.

Gubahan muzik mereka dilihat cukup progresif, kompleks dan padat terutama dengan gandingan pemain gitar Petrucci yang menjadi mastermind mereka.

Dalam pada itu, album terakhir kumpulan metal ini yang bertajuk A View From The Top Of The World telah dilancarkan tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian Andmesh Kamaleng hibur peminat di Malaysia tercapai, tampil konsert tema cinta

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Satu Suara Datuk Seri Siti Nurhaliza Vol. 3 kembali, kali ini tampil Jay Jay dan Ernie Zakri

Ia merupakan projek pertama yang dirakamkan di studio mereka sendiri iaitu Dream Theater Headquaters.

Dream Theater bagaimanapun dikhabarkan sedang membuat persediaan untuk produksi album studio ke-16 selepas A View From The Top Of The World pada akhir 2021.

Kumpulan metal itu juga mengesahkan mereka akan kembali merakamkan album baharu pada akhir tahun ini.

Album baharu itu akan mengikuti album studio ke-15 mereka, yang mana lagu The Alien dalam album tersebut telah memenangi Anugerah Grammy pertama dalam kategori Best Metal Performance pada 2022.

Peminat boleh mendapatkan tiket konsert mereka dengan harga antara RM258 hingga RM700.

Untuk rekod, kali terakhir Dream Theater berkunjung ke Malaysia ketika menganjurkan konsert pertama mereka pada 2 Oktober 2017 di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain