suria

[V] Juara ‘Pilih Kasih’ Iqbal Mazlan diserang penyakit ganjil, hilang penglihatan sewaktu bangun tidur

JUARA program Pilih Kasih musim pertama, Iqbal Mazlan dimasukkan ke Hospital Shah Alam, Selangor selepas penglihatannya terjejas akibat jangkitan kuman pada 5 Mac lalu.

Cerita Iqbal atau Muhammad Iqbal Mazlan, 33, pada awalnya penglihatannya hanya kabur dan fungsi itu hilang sepenuhnya selepas bangun daripada tidur.

"Saya hilang penglihatan sewaktu bangun tidur, saya tidak nampak apa-apa... mulanya saya ingatkan salah tidur, panik juga waktu itu sebab dunia gelap.

"Sebelum itu pada waktu maghrib penglihatan mata saya agak kabur, kemudian esoknya bila bangun tidur penglihatan saya hilang sepenuhnya," katanya ketika kunjungan mStar di hospital pada Khamis.

photo1678956461

Bapanya Mazlan Ibrahim menyuap Iqbal makan.

Sementara itu, Iqbal memberitahu doktor masih lagi menjalankan pemeriksaan lanjut berhubung penyakitnya ini.

Katanya, ini merupakan kali pertama kes sedemikian di Malaysia dan berkemungkinan berpunca daripada jangkitan virus.

Penyakit ni agak ganjil dan maklumat tidak banyak jadi mereka terpaksa melakukan pemeriksaan terperinci mengenai penyakit saya ni.

IQBAL MAZLAN

PELAKON

"Mulanya doktor syak ini penyakit strok mata atau jangkitan kuman biasa tetapi sekarang doktor dapat kesan jangkitan virus, buat masa ni belum tahu lagi virus apa kerana kami sedang menunggu keputusan daripada pakar.

"Penyakit ni agak ganjil dan maklumat tidak banyak jadi mereka terpaksa melakukan pemeriksaan terperinci mengenai penyakit saya ni.

"Jangkitan virus ni agak agresif sebab dia hanya serang bahagian mata sahaja, bahagian badan lain semua okay. Buat masa ini saya dipantau oleh pihak hospital sehingga keputusan ujian darah keluar," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan gelakkan orang tengah susah... wabak tak kenal miskin atau kaya dan pekerjaan” - Lagi artis tegur netizen tak sensitif

ARTIKEL BERKAITAN: “Artis zaman dulu tak ada ‘job’ pun boleh hidup” - Zack Budak Kacamata jual barang kulit, hidup senang sampai sekarang

Juara Pilih Kasih musim pertama mohon bantuan.

Juara Program Pilih Kasih musim pertama mohon bantuan.

Dalam pada itu, Iqbal turut meluahkan hasrat untuk bertemu dengan idolanya iaitu pelakon Datuk Rosyam Nor.

"Saya teringin sangat nak jumpa abang Rosyam... ramai rakan-rakan lain sudah berjaya dan saya masih di sini.

"Saya memang teringin nak jumpa abang, kali terakhir berhubung lama dahulu, saya pun dah lupa," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain