suria

Belum hilang trauma suami dipukul, Uqasha Senrose kesal tiba-tiba dituduh pembuli zaman sekolah

Uqasha kesal dituduh pembuli.

BELUM reda trauma Kamal Adli diserang individu yang tidak dikenali di Singapura, pelakon Uqasha Senrose sekali lagi berdepan ujian apabila namanya dituduh sebagai pembuli di zaman sekolah.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, fitnah dan dakwaan tidak berasas itu memberikan kesan cukup mendalam buat dirinya.

"Selepas apa yang terjadi sangat besar pada saya dan suami, ada pula yang fitnah saya sebagai pembuli.

uqasha 1

Dakwaan yang diterima oleh Uqasha.

"Dengan satu gambar saya dicop sebagai pembuli. Siapa yang telah membuli mental siapa ni?" tulisnya menerusi laman Twitter.

Perkara ini mula menjadi bualan netizen selepas seorang individu membuat pendedahan menjadi mangsa buli pelakon berkenaan.

Gara-gara tweet tersebut, nama Uqasha menjadi trending di laman berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Dia hayun berkali-kali di belakang kepala" - Uqasha Senrose cerita detik cemas Kamal Adli dipukul, pelaku dakwa dihantar pihak lain

ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha dedah WhatsApp Kamal Adli terima ugutan bunuh, penyerang bukan orang tak siuman

Sementara itu, Uqasha berkata fokusnya kini adalah menjaga suami yang masih lagi menerima rawatan selepas insiden dipukul pada Ahad lalu.

Justeru itu, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang berterusan melemparkan fitnah terhadap dirinya.

"Saya masih dalam keadaan terkejut dan trauma. Saya difitnah sebagai pembuli.

"Segala tentang maklumat kamu polis akan siasat. Allah itu Maha Besar.

uqasha 2

Uqasha bakal ambil tindakan.

"Awak boleh block saya namun segala perbualan anda dan maklumat terperinci kami dah dapat,” jelasnya.

Pada Ahad lalu, Kamal secara tiba-tiba diserang seorang lelaki ketika mereka sama-sama terlibat dalam acara Hari Raya Mega Sale 2023 yang berlangsung di Singapore Expo, Singapura.

Susulan kejadian tersebut Kamal mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka, bawah mata dan badan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain