“Artis zaman dulu tak ada ‘job’ pun boleh hidup” - Zack Budak Kacamata jual barang kulit, hidup senang sampai sekarang

Zack kecewa melihat sikap segelintir artis di zaman kini.

APABILA terdapat segelintir artis yang membangkitkan isu bantuan khas kerajaan harus diberikan untuk golongan anak seni, ramai juga pihak yang melahirkan rasa kurang senang.

Puncanya, yang membangkitkan isu itu ialah dalam kalangan individu yang berkemampuan atau erti kata lain mereka berduit. Sedangkan, artis yang hidup susah, kais pagi makan pagi tak 'berbunyi' suara pun dalam isi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Zed Zaidi syak ada netizen terlepas masuk Telegram artis - “Admin terpaksa off komen, tapis segala perbualan dalam group tersebut”

Pelakon veteran Roslan Salleh yang berumur 63 tahun contohnya turut berniaga menjual daging dendeng di Melaka untuk meneruskan kelangsungan hidup saat tiada lagi tawaran berlakon untuknya.

Zack membuka perniagaan membuat barangan kulit sejak 2004.

Begitu juga dengan artis-artis lama lain, mereka faham bukan boleh kaya raya pun jadi artis. Kalau ada yang kaya, itu semua nasib masing-masing.

Sebab itulah kalau seseorang itu membuat keputusan untuk menjadi artis, mereka haruslah bersedia dengan pekerjaan lain sebagai persediaan menghadapi hari sukar.

Penyanyi yang popular lewat tahun 1990-an iaitu Zack dari kumpulan Budak Kacamata antara contoh artis zaman rock jiwang, tidak pernah mengharapkan bantuan sesiapa kerana dia percaya, rezeki itu boleh didapati dengan pelbagai cara.

Kalau tak dapat job pun, kami masih boleh sara hidup dengan jual goreng pisang.

ZACK

VOKALIS BUDAK KACAMATA

Postingnya di Facebook dengan memotong barangan kulit menjadi viral dan ramai netizen memuji sikapnya yang tidak meminta-minta tetapi berusaha dengan titik peluh sendiri untuk kelangsungan hidup.

"Saya pelik apabila isu ini timbul sedangkan saya dan ramai kalangan artis lama tidak pun mengharapkan apa-apa bantuan khusus daripada kerajaan.

"Malah, kami semua masih mampu mencari rezeki dengan pelbagai cara seperti berniaga. Saya sendiri ada membuka kedai membuat barangan kulit. Sebelum ini, saya pernah berniaga nasi lemak, jual burger dan macam-macam.

"Bagi saya, artis tak perlu minta sedekah! Saya melihat artis zaman sekarang ni ada masalah attitude. Artis zaman dahulu berkarya dalam industri seni untuk seronok sahaja.

Tomok, Black dan Shuib sudah membuat permohonan maaf atas kenyataan mereka sebelum ini.


"Kalau tak dapat job pun, kami masih boleh sara hidup dengan jual goreng pisang. Artis sekarang sekadar nak hidup dalam dunia glamor dan tayang kemewahan di laman sosial tapi bila waktu susah ini, tiba-tiba nak minta bantuan pula," katanya kepada mStar.

Malah, Zack yang dikenali dengan lagu Cinta Tak Perlu Dipaksa mengakui dia berasa kecewa melihat sikap segelintir selebriti pada zaman kini lebih mementingkan populariti dan gemar menayangkan kehidupan mewah di laman sosial tetapi meminta bantuan khusus untuk anak seni.

Sebelum ini, selebriti Black Hanifah, Tomok dan Shuib Sepahtu dikecam netizen gara-gara menyuarakan pandangan mengenai golongan anak seni terutama belakang tabir serta artis veteran perlu dibantu.

Rata-rata netizen berpendapat bahawa penggiat seni tidak perlu diberi layanan khas kerana inisiatif yang diperkenalkan kerajaan memadai untuk dinikmati semua rakyat yang memenuhi syarat.

Dalam pada itu, Zack memberitahu dia dan beberapa rakan artisnya tidak memerlukan bantuan daripada kerajaan namun hanya mahu royalti daripada Recording Performers Malaysia (RPM) yang sudah lama tertunggak.

"Sebenarnya artis lama ini tak perlu minta bantuan daripada kerajaan. Tapi paling utama sekarang ini hanya mahu hak kami sahaja iaitu royalti daripada RPM yang dah lama tertunggak.

"Itu sahaja yang kami mahukan! Sebelum ini ada yang pernah menyuarakan isu itu namun ia menjadi senyap. Jadi, sudah tiba masanya untuk pihak RPM memberi agihan sepatutnya kepada yang berhak," ujarnya yang mewakili kumpulan penyanyi.

Zack, Budak Kacamata

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain