suria

“Kalau rasa dengan fitnah jahat ini boleh buat anda seronok, bangga... teruskan!” - Amyza Aznan kesal gerakan 'boikot artis sampah'

Amyza enggan layan komen negatif netizen.

PELAKON Amyza Aznan akhirnya membuka mulut selepas isu paparan skrin dia bersama beberapa artis tersebar di media sosial sehingga menimbulkan kemarahan netizen.

Menurut Amyza, dia bersama beberapa orang rakan artis difitnah oleh pihak tertentu yang mempunyai niat jahat.

"Hebat admin dan troopers. Fitnah yang anda rancang telah berjaya, anda berjaya buat orang percaya dengan rancangan jahat anda.

ARTIKEL BERKAITAN: Zed Zaidi syak ada netizen terlepas masuk Telegram artis - “Admin terpaksa off komen, tapis segala perbualan dalam group tersebut”

ARTIKEL BERKAITAN: Seniman buat laporan polis, Zed Zaidi dedah ada artis tertekan - “Ramai hubungi saya menangis, rasa terhina dan kata nak bersara”

"Tak apa, kalau rasa dengan fitnah yang jahat ini boleh buat anda seronok, bangga... teruskan!," katanya menerusi laman Instagram.

Bersama kapsyen tersebut, Amyza turut memuat naik paparan skrin mempamerkan wajah dan nama beberapa selebriti yang menjadi mangsa kecaman netizen.

Amyza tutup ruangan komen di Instagram.

Dalam foto tersebut turut dinyatakan tanda pagar 'Boikot Artis Sampah' kerana meminta bantuan khas artis, hina netizen IQ rendah, tak hairan bawang netizen dan tak hirau sokongan netizen.

Isu perang artis dan netizen ini bermula apabila penyanyi Black mencadangkan bantuan khusus daripada kerajaan untuk penggiat seni.

Kemuncaknya apabila tersebar beberapa keping foto rakaman perbualan beberapa orang selebriti dalam satu akaun Telegram milik Persatuan Seniman Malaysia yang didakwa menghina netizen dan pelakon Zarina Anjoulie.

Saya banyak kerja berfaedah lain dari mengadap benda-benda negatif ini.

AMYZA AZNAN

PELAKON

Sementara itu, Amyza berkata dia mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen di Instagram miliknya kerana enggan melayan komen negatif netizen.

"Oh yang kata takut... off comment, malas nak layan! Saya banyak kerja berfaedah lain dari mengadap benda-benda negatif ini.

"Nak takut dengan kecaman? Saya lagi takut kut-kut tengah ni tersebar, manusia tengah ralit, tiba-tiba dunia kiamat," ujarnya.

Amyza Aznan

Artikel Lain