suria

“Sila tarik balik sebelum saya ambil tindakan” - Maruah Fizo dan keluarga tercalar difitnah minta bantuan kerajaan

Fizo Omar beri amaran kepada penyebar fitnah.

DITUDUH meminta-minta bantuan daripada kerajaan, pelakon Fizo Omar menegaskan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat fitnah tersebut.

Menurut Fizo, tuduhan yang dilemparkan itu berniat jahat dan telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga.

"Berhubung isu selebriti minta bantuan dari kerajaan, ingin saya tegaskan tak pernah minta bantuan kewangan dari kerajaan atau mana-mana pihak seperti didakwa di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Makin panas! Zarina Anjoulie ‘bantai’ Fizo Omar - “Tanpa masyarakat yang bantu dan beri sokongan, kau masih mamat kampung”

ARTIKEL BERKAITAN: Nasib kaulah Fizo! Orang lain berlakon beribu-ribu ‘follower’ masuk, Fizo Omar pula hilang 5,000 pengikut kerana watak Ikram dalam Adellea Sofea

"Ini adalah satu fitnah besar terhadap saya, jadi saya tak teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang sewajarnya.

"Jika perkara ini berlarutan termasuklah komen kata-kata kesat di media sosial yang boleh menjatuhkan maruah saya dan nama baik saya serta keluarga," katanya.

Fizo muat naik video penjelasan di Facebook.

Fizo membuat penjelasan tersebut menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook miliknya pada Selasa.

Sebelum itu, tindakan Fizo meninggalkan komen pada video pelakon sensasi Zarina Anjolie mengundang kecaman netizen.

Berang dengan komen tersebut, Zarina memuat naik satu lagi rakaman video yang ditujukan kepada Fizo Omar.

Rata-rata pengikut menyokong tindakan Zarina menegur semula pelakon drama Maaf Tak Indah itu.

Zarina menegur Fizo dalam satu rakaman video di Instagram.

Sementara itu, Fizo berkata apa yang berlaku sebelum ini hanyalah salah faham dan meminta mana-mana pihak yang membuat tuduhan tersebut menarik balik kenyataan mereka.

"Isu sebelum ini hanya salah faham... sebab itu ia memberi kesan pada saya dan keluarga sehinggakan terima komen negatif, cacian, hinaan, makian terhadap saya dan keluarga. 

"Saya maafkan korang semua dan tak simpan dalam hati pun dan saya berharap yang terlibat sila tarik balik sebelum saya ambil tindakan sewajarnya," ujarnya.

"Saya minta maaf jika ada tindakan saya lakukan menggores hati mana-mana pihak, daripada keruhkan keadaan sama-sama kita doakan Covid-19 ini segera di hapuskan dan kita dapat cari rezeki bersama," ujarnya.

Fizo Omar, Zarina Anjolie

Artikel Lain