suria

Nabil dituduh tak ikhlas mohon maaf, sengaja sindir netizen - “Saya post video anak saya baca doa, tapi korang komen kata-kata kesat”

Nabil Ahmad dianggap tak ikhlas minta maaf.

PERMOHONAN maaf secara terbuka pelawak Nabil Ahmad berkaitan isu bantuan anak seni dikatakan tidak ikhlas dan berniat untuk menyindir netizen.

Nabil bagaimanapun berkata, apa yang dilakukan itu tidak kurang seperti teguran yang dilakukan netizen terhadap golongan artis yang lebih berniat memalukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan tukar, ‘job’ pun tiada! Nabil hanya bergantung jadi hos dan penyampai radio

ARTIKEL BERKAITAN: Black, Tomok dan Shuib angkat ‘bendera putih’! - “Maaf sekiranya saya menyakiti hati kalian, harap hentikan komen tak baik”

"Saya faham ramai yang cakap saya tak ikhlas minta maaf tapi korang juga apabila menegur nampak tak ikhlas, lebih kepada nak menjatuhkan berbanding membetulkan... jadi kita ni sama.

"Kita tak suka disakiti tapi kita menyakiti, saya post video anak saya baca doa... tapi korang gunakan kata-kata kesat komen!" ujarnya.

Nabil dan Neelofa mengulas mengenaik kenyataan penyanyi Black berkaitan bantuan artis semasa PKP.

Nabil menerusi laman Intagram turut memuat naik paparan skrin seorang individu yang menegur permohonan maaf tersebut dilihat seperti menyindir netizen.

Sebelum ini, Nabil menerusi siaran Instagram live bersama Neelofa menyokong pandangan penyanyi Black yang memohon bantuan kerajaan untuk penggiat seni ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Tindakan itu menimbulkan rasa marah netizen yang menyerang pelawak itu dengan kata-kata kesat di laman sosial.

Pada Selasa, Nabil memuat naik video permohonan maaf dan menyifatkan netizen sedang meraikan kemenangan itu.

Dalam pada itu, Nabil berkata, dia masih dirinya yang dahulu dan mencari rezeki untuk menanggung keluarga serta ibu bapa di kampung.

"Saya masih Ahmad Nabil despatch yang dulu, masih susah, masih mencari rezeki untuk keluarga serta masih menanggung mak dan ayah sama macam korang juga.

"Kita move on and berdoa Covid-19 ini berakhir... betul, tak kemana kerjaya artis tanpa sokongan peminat. Itu realiti tapi masing-masing jaga hak masing-masing" tulisnya.

Nabil Ahmad

Artikel Berkaitan

Artikel Lain