suria

Cik Piah dijangkiti Influenza A, pilih masuk wad bimbang virus sebar pada suami

Cik Piah pilih untuk berehat di hospital elak suami dijangkiti Influenza A.

SELEPAS beberapa hari mengalami demam panas, penyampai radio Suria FM Feeya Iskandar 'menyerah' diri ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur dan disahkan dijangkiti Influenza A pada Khamis lalu.

Feeya atau Cik Piah, 34, berkata, dia pada awalnya ke hospital bagi membuat pemeriksaan doktor namun disahkan dijangkiti virus berkenaan.

Kata Cik Piah, dia mendapat virus tersebut daripada dua anaknya iaitu Adam Malique, 6 dan Nur Aryyan, 5, yang sebelum ini turut diserang virus sama pada awal bulan ini.

329798117_1629976530790397_8992478094806606712_n

Cik Piah dijangkiti Influenza A.

"Saya berjangkit dengan anak saya, mereka yang kena dulu. Virus ini memang berjangkit tapi mereka sudah okey, saya pula kena.

"Suami saya sahaja yang belum kena dan sebab itu saya pilih dimasukkan ke wad supaya tidak menjangkitinya pula. Dekat hospital ini ada ubat dan doktor pantau. Dapat juga saya berehat," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan senang jadi ibu bekerjaya, Feeya Iskandar stres kalau anak jatuh sakit... “Kadang-kadang bertukar hulk juga”

ARTIKEL BERKAITAN: #Bizibody: Bercuti ke Phuket, peminat sangka Cik Piah nak tambah anak!

Pun begitu, Cik Piah berkata, dia masih belum pasti akan ditahan berapa lama di wad namun menjangkakan selepas demamnya kebah.

Berkongsi keadaan terkini, Cik Piah memaklumkan dia hilang selera makan selain mengalami rasa tidak selesa pada bahagian tekak.

"Saya batuk... selera makan pun tak ada sangat sebab tekak rasa pahit sahaja," katanya.

323809143_695492948845377_8500138200456490913_n

Cik Piah bersama dua orang anaknya.

Terdahulu, Cik Piah menerusi Instagram memaklumkan dia tidak dapat turut serta Jelajah Suria yang bakal berlangsung pada Sabtu ini Paradigm Mall, Johor Bahru.

Penyampai radio segmen Gaya Suria ini turut meluahkan rasa sedih apabila tidak dapat menyanyikan lagu Pelesit Kota untuk peminat pada acara berkenaan.

"Jelajah Suria Sabtu ini patut turun tapi apakan daya, tak ada Pelesit Kota," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain