suria

Belajar daripada kesilapan, reaksi Fezrul Khan selepas aksi cekik Nadiya Nisaa dapat pujian - “Part terakhir tu sangat gentleman!”

Fezrul melakonkan babak cekik.

JIKA sebelum ini pelakon Reen Rahim mendakwa dikasari Fezrul Khan apabila mendakwa aktor itu mencekiknya dalam sebuah babak filem lakonan mereka, kejadian serupa berulang lagi.

Kali ini Fezrul dilihat melakonkan aksi cekik terhadap aktres Nadiya Nisaa namun kali ini pelakon berkenaan mendapat pujian peminat malah menyifatkan dia sebagai seorang lelaki gentleman.

Menerusi sebuah video dimuat naik di aplikasi TikTok, Fezrul atau Fezrul Khan Junaidi Khan, 41, dilihat sedang melakonkan babak dalam drama Bukan Syurga Pilihan yang mana memerlukan dia mencekik Nadiya.

fez1 - 1

Adengan cekik yang dilakonkan Fezrul dan Nadiya.

Babak yang dilakonkan di sebuah tempat letak kereta memaparkan Fezrul mencekik dan menjerit kepada Nadiya atau nama sebenar Nadiyatul Nisaa Kamaruddin, 38, sambil melontarkan dialog.

"Faham atau tak, kau akan mati hari ini. Kalau aku mati, kau pun akan mati," kata Fezrul menerusi dialognya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu babak aksi nampak 'real'... Fezrul Khan kata insiden cekik hanya kemalangan kecil, serik berlakon dengan Reen Rahim

ARTIKEL BERKAITAN: Reen Rahim kesal Fezrul Khan enggan bertanggungjawab insiden cekik... siap tunjuk bukti video

Bagaimanapun, selepas pengarah memberhentikan babak tersebut, Fezrul dilihat memegang kepala Nadiya dengan lembut, seperti menunjukkan rasa prihatin selepas melakonkan aksi kasar.

Tindakan aktor itu dipuji netizen yang rata-ratanya menganggap Fezrul seorang pelakon yang budiman dan bertanggungjawab selain dilihat sudah belajar daripada kesilapan sebelum ini bersama Reen.

"Baguslah walaupun berlakon dia tetap hormat, lembut dengan pelakon perempuan tu.

fez2 - 1

Tindakan Fezrul dipuji netizen.

"Tengok part last cara dia usap kepala tu, dia takut menyakiti pelakon perempuan. Part last tu, Fezrul sangat gentleman," tulis netizen.

Terdahulu, Fezrul pernah mencetus kontroversi apabila dikatakan mengasari pelakon Reen Rahim ketika melakonkan babak cekik.

Fezrul menjelaskan babak tersebut dilakukan dengan teknik yang betul dan kemungkinan berlaku ‘kemalangan’ kecil kerana apa yang berlaku di depan kamera tidak sama ketika sesi latihan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain